Penyokong Terengganu merusuh serang bas pasukan Selangor ditahan

Penyokong Terengganu merusuh serang bas pasukan Selangor ditahan

KUALA NERUS – Seorang penyokong bola sepak Terengganu ditahan polis ekoran kekecohan berlaku selepas perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara Terengganu FC (TFC) dan Selangor malam semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, seramai kira-kira 300 penyokong TFC telah berkumpul di laluan keluar penyokong dan pasukan Selangor selepas perlawanan berakhir pada pukul 11.30 malam.

Beliau berkata, sekumpulan penyokong tersebut kemudiannya telah membaling batu dan objek keras ke arah bas membawa pemain Selangor yang mengakibatkan cermin dan tingkap kenderaan itu rosak.



“Seorang lelaki berusia 27 tahun dari Kampung Manir di sini ditahan polis ketika sedang melakukan perbuatan (membaling batu) terbabit.

“Pihak pengurusan Selangor turut membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus berhubung kes tersebut,” katanya di sini hari ini.

Rohaimi berkata, semua bas penyokong Selangor kemudiannya diiringi pihak polis untuk memasuki Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) pada pukul 2 pagi.

Dalam perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi, Selangor mara ke final Piala Malaysia dengan agregat 3-2 mengatasi TFC meskipun tewas 0-1 dalam aksi timbal balik kedua. K Online



Penyokong Terengganu merusuh serang bas pasukan Selangor ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker