Tanam jambang dilarang dalam Islam

Tanam jambang dilarang dalam Islam

Gaya lelaki tanpa jambang sememangnya tidak boleh dipisahkan, malah ia turut menjadi trend kepada golongan itu untuk kelihatan lebih menarik dan tampan.

Namun, apa hukumnya jika mencipta jambang melalui kaedah menanam bagi lelaki yang secara semula jadinya tidak ditumbuhi jambang.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel terbaharunya menegaskan, mencipta jambang dengan kaedah menanam semata-mata ingin menjaga imej adalah dilarang dalam Islam.

Menurutnya, rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaan hanya boleh diterima pada situasi keperluan mendesak dan bukan semata-mata untuk kecantikan (tahsiniyyah).

“Sekiranya tujuan menanam jambang kerana kecacatan atau kesan terbakar, ditimpa penyakit dan seumpamanya yang menyebabkan kerosakan pada jambangnya, maka ia diharuskan.

“Perkara itu diharuskan bagi membaik pulih keadaan jambangnya dengan syarat diambil bulu daripada bahagian tubuhnya sahaja,” katanya.

Susulan itu, pihaknya menasihati kepada mana-mana doktor kecantikan dan perubatan yang pakar dalam dalam bidang tersebut agar mengenal pasti pelanggan yang datang untuk menanam jambang.

Jelasnya lagi, pakar hanya boleh menerima pelanggan yang menepati syarat-syarat telah ditetapkan oleh syarak, iaitu tujuan penyembuhan penyakit atau menghilangkan aib.

Tambah PMWP lagi, proses tanam jambang melibatkan pemindahan helaian bulu yang diambil daripada satu bahagian badan dan dipindahkan ke garis rahang di mana sahaja agar dapat tumbuh.

“Menanam jambang bagi mereka yang tiada jambang berbeza dengan mereka yang sedia tumbuh jambang secara fitrah.

“Bahkan mereka yang semula jadi tumbuh janggut mahupun jambang digalakkan untuk membiarkan janggut terus tumbuh secara semula jadi,” katanya. K Online

Tanam jambang dilarang dalam Islam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker