BN mohon tangguh menghadap Agong – Hishammuddin

BN mohon tangguh menghadap Agong – Hishammuddin

Barisan Nasional (BN) akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menangguhkan sesi menghadap yang dijadualkan esok.

“Bukan amalan kita bercerita pada khalayak.

“Sama ada (nak) mohon penangguhan (menghadap) atau tidak, anda akan tahu esok,” kata Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur, malam ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan yang mengesahkan perkara itu berkata BN masih mengekalkan keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“Kita harap (sesi menghadap esok) boleh ditangguhkan…tak tahu boleh ke tidak.

“Kita bukan nak tubuh kerajaan, tapi nak nyatakan pendirian sahaja (ketika menghadap),” katanya.

Al-Sultan Abdullah semalam menitahkan 30 Ahli Parlimen BN menghadap Seri Paduka di Istana Negara secara individu pada jam 10.30 pagi ini. Mk

BN mohon tangguh menghadap Agong – Hishammuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker