Lebih baik BN duduk di blok pembangkang – Shahril

Lebih baik BN duduk di blok pembangkang – Shahril

LEBIH BAIK TIDAK AMBIL BAHAGIAN DALAM MANA-MANA KERAJAAN.

There may be no one clear winner but it is clear we lost. Benar, tiada satu pakatan yang menang jelas 112. Tapi yang jelas, BN kalah.

Akan sukar untuk merasionalkan kepada rakyat bagaimana satu parti yang kalah boleh ada dalam Kerajaan sedangkan parti atau parti-parti yang dapat 70 atau 80 kerusi jadi pembangkang.

Lain ceritanya kalau kita ada pakatan pra pilihanraya. Tapi tidak. Tiada ‘moral standing’ untuk kita terbabit dalam Kerajaan.

Kali ini, tiada pandemik atau perpecahan dalaman pihak yang menang pilihanraya yang menuntut kita menjadi ‘penyelemat’ apa-apa keadaan. Tiada hujah atau justifikasi ala Mac 2020.

Menjadi sebahagian dari apa-apa Kerajaan akan menjadi ‘bahan’ untuk 5 tahun yang tak mungkin dapat kita tangkis. Ia akan membawa kepada asbab dan motivasi untuk memastikan BN dibenam lebih dalam pada PRU16.

Pandangan saya, BN wajar duduk di blok pembangkang. Jika kemaslahatan lebih besar menuntut kita membantu mencukupkan angka 112 agar seorang Perdana Menteri dilantik secara sah mengikut Perlembagaan, maka ia mesti jelas bahawa:
– Kita pembangkang bukan Kerajaan
– Kita ‘bantu’ hanya secara ‘teknikal’ supaya lantikan PM oleh SPB Yang DiPertuan Agong dapat dilaksanakan
– Kita hanya bantu meluluskan ‘money bills’ terutamanya Belanjawan dengan syarat yang munasabah seperti pandangan kita diambil kira. Supaya Kerajaan tidak ada risiko runtuh setiap tahun. Tapi kita bebas mengkritik dan main peranan sebagai pembangkang. Kalau atas apa-apa sebab kita tidak setuju dengan Belanjawan, boleh sahaja berkecuali, dan Belanjawan tetap lulus tanpa sokongan aktif BN.
– RUU lain, parti dan Ahli Parlimennya bebas menyokong atau membangkang mengikut kesesuaian dan keputusan parti. Kekalahan Kerajaan meluluskan sesuatu RUU selain Belanjawan tidak semestinya meruntuhkan Kerajaan. Perkara ini sudah lazim berlaku dalam sistem demokrasi lain.

BN harus fokus kepada agenda pembaharuannya. Muhasabahnya. Agar dapat bangkit dari kekalahan gergasi ini. Bukan terganggu dengan menjadi sebahagian dari Kerajaan dan kemudian perlu menjustifikasi pembabitan kita selama 5 tahun.

Tambahan lagi, kita ‘berperang’ dengan PH dan PN bukan dua minggu. Tapi lama dan serius. Sebelum PRU15 pun sudah tidak stabil dengan situasi dalaman Kerajaan campuran. Maka untuk sekarang terus bersama dengan mana-mana pihak amat janggal. Mungkin untuk mereka kurang janggal kerana kalau kita terbabit, mereka akan jadi peneraju dan kita sekadar pelengkap. Tapi kita buat cara kita. Kita kena ada ‘kelas’. Kita kalah, mereka menang. Kita beri tumpuan kepada pembinaan semula parti ini.

Lebih baik BN duduk di blok pembangkang – Shahril


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker