30 terperangkap di pusat pelancongan akibat banjir, kepala air

30 terperangkap di pusat pelancongan akibat banjir, kepala air

Tiga puluh orang terperangkap di pusat pelancongan Kampung Kaung Malaan, Kota Belud, Sabah akibat banjir dan kepala air petang tadi.

Harian Metro melaporkan kawasan itu tiba-tiba dinaiki air akibat hujan lebat kira-kira 2 petang.

Difahamkan, mangsa terdiri daripada 20 pengunjung dan 10 kakitangan pusat pelancongan itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, lima anggota dan pegawai bersama pacuan empat roda serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.46 petang.

“Semua mangsa terperangkap berpindah ke tempat selamat sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan yang dipetik akhbar itu.

Beliau berkata, pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum menamatkan operasi pada 4.22 petang. FMT

30 terperangkap di pusat pelancongan akibat banjir, kepala air


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker