Selamatkan UMNO daripada diharamkan Muhyiddin, Mahathir dan sekutu

#PRU15

Selamatkan UMNO daripada diharamkan Muhyiddin, Mahathir dan sekutu

Barisan Nasional (BN) perlu memastikan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung esok, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kemenangan BN kali ini mampu menyelamatkan UMNO daripada percubaan untuk dibubarkan pada kali kedua sejak tahun 2018.

Katanya, selepas Bersatu membentuk kerajaan PH, salah satu langkah utama pemimpin utama parti itu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah cuba mengharamkan UMNO.



Tindakan itu, menurut Ahmad Zahid, bertujuan menghapuskan pengaruh akar umbi dan kedudukan parti berteraskan Melayu supaya Bersatu boleh mengambil peranan dan menguasai undi Melayu.

“Malah saya sendiri diminta oleh Mahathir untuk membubarkan parti UMNO dan membawa kesemua ahli UMNO dan ahli parlimen menyertai parti Bersatu secara besar-besaran. Muhyiddin juga sangat berdendam dengan UMNO.

“Apabila saya menolak dan tidak mahu memenuhi permintaan tersebut saya terus dikenakan pendakwarayaan terpilih.

“Saya juga diaibkan, diperlekehkan malah dilabelkan sebagai kluster mahkamah secara berulang-ulang diberikan persepsi tersebut selama bertahun-tahun,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.



Beliau turut menyorot tindakan Besatu menggunakan tuduhan jelik tersebut bukan sahaja untuk memburukkan namanya malah untuk memburukkan nama parti UMNO.

“Apabila saya didapati tidak bersalah pertuduhan 40 kes perbicaraan oleh Mahkamah Tinggi tidak pula mereka melabel ini meminta maaf kepada saya.

“Malah ada yang busuk hati dan perangai terus cuba mengaibkan saya sekeluarga dan kerjaya politik saya.

“Yang peliknya pemimpin Lim Guan Eng dan Syed Saddiq juga berdepan kes mahkamah tidak pula dilabelkan sebagai kluster mahkamah,” katanya.



Ahmad Zahid berkata, harga untuk memperjuang dan mempertahankan UMNO sangat tinggi untuk ditanggung oleh beliau sekeluarga.

“Akan tetapi demi maruah dan harga diri UMNO maka marilah kita seluruh ahli dan pendukung BN menegakkan kebenaran menuju sebuah negara hukum yang berdaulat.

“Pastikan sistem negara yang adil dan tidak ada pendakwarayaan terpilih berlaku lagi.

“Selamatkanlah UMNO daripada cubaan untuk diharamkan. Satu undi kepada Muhyiddin Yassin dan Mahathir serta sekutu mereka adalah satu undi untuk percubaan mengharamkan UMNO selepas pilihan raya ini.

“Ingatlah! Muhyiddin kata UMNO akan dihanyutkan di dalam Sungai Muar. Jangan biarkan UMNO terus diperlekeh dan kita berdiam diri,” katanya. MG

Selamatkan UMNO daripada diharamkan Muhyiddin, Mahathir dan sekutu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker