Ugutan Rafizi sukarkan penjawat awam jalankan tugas

Ugutan Rafizi sukarkan penjawat awam jalankan tugas

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak wajar mengeluarkan kenyataan berbaur ancaman dan ugutan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Pengerusi UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata penjawat awam hanya menjalankan tugas mengikut lunas undang undang dan bidang kuasa yang diberikan kepada mereka.

“Kenyataan Rafizi seolah menidakkan tanggungjawab penjawat awam itu, tambahan siasatan dilakukan SPRM terhadap Rafizi Ramli adalah atas dasar laporan yang diterima daripada orang awam.

“Ugutan dan ancaman ini seperti wujudnya matlamat untuk menyalahgunakan kuasa dengan mengambil tindakan terhadap penjawat awam sekiranya Pakatan Harapan (PH) berpeluang menjadi sebuah kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Adnan berkata, tindakan tidak wajar Rafizi perlu ditentang habis habisan supaya tidak wujud budaya penyalahgunaan kuasa pada masa akan datang.

“Dibimbangi ugutan sebegini bukan sahaja menyukarkan penjawat awam sebaliknya SPRM akan digunakan sebagai alat untuk memenuhi keperluan dan kepentingan PH sahaja sekiranya mereka berpeluang menjadi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu perlu dipandang serius kerana seharusnya mana mana pihak yang melakukan kesalahan bertentangan dengan Kanun Keseksaan atau Akta SPRM perlulah disiasat tanpa perlu melihat pendirian politik mereka.

“SPRM menjalankan siasatan terhadap Rafizi disebabkan pengisytiharan harta yang dilakukannya sendiri tanpa paksaan daripada mana mana pihak.

“Sewajarnya, Rafizi bersifat lebih terbuka dan berani untuk siasatan dilakukan terhadap perolehan asetnya kerana inilah tujuan kenapa pengisytiharan harta dilakukan di peringkat yang pertama,” katanya.

Rafizi pada Ceramah Mega PH di Johor Bahru malam tadi, memberi amaran kepada Azam jika gabungan itu memenangi PRU15 Sabtu ini susulan syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd yang didakwanya diserbu SPRM.

“Esok (hari ini) kita jumpa di mahkamah, lusa (Jumaat) satu hari lagi kempen, Sabtu kita mengundi. Lepas menang pilihan raya kami cari Azam Baki, Insya-Allah.

“Saya tahu Azam Baki tengok ni! Saya harap bila PH menang bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu sekali lagi,” katanya. FMT

Ugutan Rafizi sukarkan penjawat awam jalankan tugas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker