100 keluar Bersatu dan PKR, sertai BN

#PRU15

100 keluar Bersatu dan PKR, sertai BN

Bagan Serai: Seramai 100 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Keadilan Rakyat di sini bertindak keluar parti masing-masing dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Penolong Setiausaha Armada Bahagian Bagan Serai, Mohamad Saiful Yusuf berkata ia berikutan mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan Armada cawangan dan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya dia bersama 15 ahli tekad meninggalkan Bersatu dan menyokong BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.



“Kami kecewa dengan kepimpinan bahagian dalam soal pemilihan calon membuatkan kami tekad meninggalkan Armada.

“Berbaki kurang 48 jam dari tempoh pengundian, saya yakin akan cuba menarik seramai mungkin rakan-rakan di Bagan Serai untuk menyertai penghijrahan kami ini,” katanya ditemui media selepas menyatakan sokongan terhadap BN di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat, Calon Parlimen Bagan Serai, Zul Helmi Ghazali, Calon Dun Selinsing, Mohamad Noor Dawoo dan Calun Dun Gunung Semanggol, Nazirul Jamaluddin.

Sementara itu Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Bagan Serai, Azizon Mohamad berkata terdahulu dia bersama lebih 70 ahli termasuk dari menyatakan hasrat untuk keluar parti dan menyokong keempat-empat calon BN di Parlimen Bagan Serai.



Menurutnya pada hari ini dia bersama 60 ahli dari cawangan Kuala Gula serta ahli dari parti PKR bersama-sama secara rasmi menyerahkan borang keahlian Umno kepada kepimpinan BN. BH

100 keluar Bersatu dan PKR, sertai BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker