Tindakan Rafizi ugut Azam Baki tidak wajar – CUEPACS

Tindakan Rafizi ugut Azam Baki tidak wajar – CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengingatkan ahli politik agar berhenti melakukan modal kempen yang bersifat menyerang atau ugutan terhadap penjawat awam menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, tindakan ahli politik yang melakukan serangan secara terbuka dengan mengugut akan mengambil tindakan kepada penjawat awam tertentu sekiranya mempunyai kuasa kelak adalah tidak wajar dan profesional.

Katanya, CUEPACS meraikan setiap pandangan yang dilontarkan oleh parti politik terutama melibatkan perkhidmatan awam dan warganya.

“Pun begitu kami ingin menegaskan agar modal kempen yang dilakukan tidak bersifat menyerang atau mengugut penjawat awam.

“Tindakan melakukan serangan secara terbuka dengan mengugut akan mengambil tindakan kepada penjawat awam tertentu sekiranya mempunyai kuasa kelak adalah tidak wajar dan profesional.

“CUEPACS difahamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tidak pernah mendedahkan yang pegawai mereka melakukan serbuan ke pejabat milik mana-mana ahli politik dalam tempoh berkempen ini dan ia hanya diketahui oleh umum hanya apabila ahli politik terbabit yang mendedahkannya kepada pihak awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, CUEPACS tidak jelas apakah niat di sebalik tindakan tersebut serta serangan secara terbuka itu dilakukan oleh pemimpin politik itu.

Sebaliknya kata Adnan, semua pihak harus mengetahui setiap perkara yang dilakukan oleh penjawat awam adalah berlandaskan undang-undang dan semangat profesionalisme yang tinggi tanpa mengambil kira soal politik kepartian.

Menurut beliau, seharusnya calon-calon atau ahli politik yang berkempen pilihan raya tidak keterlaluan menyerang perkhidmatan awam.

“CUEPACS memahami bahawa terdapat ahli politik yang tidak dapat mengawal emosi semasa berkempen apatah lagi di hadapan ribuan penyokong masing-masing namun perkara itu tidak menghalalkan serangan atau ugutan secara terbuka terhadap penjawat awam dilakukan.

“Justeru itu, dalam tempoh kempen yang hanya berbaki sedikit lagi ini, CUEPACS berharap semua pihak menghormati satu sama lain.

“Keharmonian antara ahli politik dan perkhidmatan awam adalah amat penting dan wajar dipelihara kerana kedua-dua pihak seharusnya bekerjasama untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” tegasnya.

Kenyataan Adnan menyusul selepas Rafizi melaporkan berkata, beliau akan mengambil tindakan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan Pusat selepas PRU15 kali ini.

Amaran itu dikeluarkan oleh Rafizi dalam satu ceramah PH di Johor Bahru malam tadi selepas dia kecewa pasukan SPRM menyerbu pejabat Ivoke milik Rafizi di Sungai Besi baru-baru ini. MG

Tindakan Rafizi ugut Azam Baki tidak wajar – CUEPACS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker