Jinping sekolahkan Trudeau kerana bocorkan ‘rahsia’ kepada media

Jinping sekolahkan Trudeau kerana bocorkan ‘rahsia’ kepada media

Presiden China, Xi Jinping memarahi Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kerana membocorkan butiran mesyuarat sidang kemuncak negara Kumpulan 20 (G20) di Pulau Bali, Indonesia kepada pemberita, lapor stesen penyiaran Sky News semalam.

Trudeau dikatakan menyuarakan kebimbangannya mengenai campur tangan Beijing dalam hal ehwal Ottawa.

Jinping kemudian memarahi Trudeau yang mana percakapan itu dirakam oleh kamera televisyen.

“Semua yang kita bincangkan telah dibocorkan kepada akhbar, ia tidak bagus. Itu bukan cara perbualan yang sepatutnya dijalankan jika anda ikhlas,” kata Jinping.

Trudeau kemudian menjawab kata-kata Jinping sambil memberitahu, Kanada mengamalkan dasar dialog terbuka dan telus.

“Kami akan berusaha untuk bekerjasama secara konstruktif, namun akan adanya beberapa perkara yang kita tidak akan bersetuju,” ujar beliau.

Jinping kemudian melihat ke arah sekeliling lalu berkata: “Mari nyatakan syarat-syaratnya dahulu,” sebelum kedua-duanya berjabat tangan.

Seorang pegawai Ottawa berkata, antara perkara yang dibincangkan adalah hal berkaitan konflik peperangan di Ukraine, Korea Utara dan perubahan iklim dengan Trudeau membangkitkan kebimbangan serius mengenai campur tangan dalam hal ehwal Kanada.

Bekas duta Kanada ke China, Guy Saint-Jacques berkata, beliau berpendapat Jinping sengaja memarahi Trudeau di hadapan kamera.

“Apabila anda melihat ke arahnya (Jinping), wajahnya menjadi merah dan menggerakkan lengannya.

“Beliau kelihatan gelisah. Jelas bahawa beliau tidak gembira dengan tindakan Trudeau yang memberitahu butiran mesyuarat kepada media,” katanya. K Online

Jinping sekolahkan Trudeau kerana bocorkan ‘rahsia’ kepada media


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker