Hanya pembangkang umumkan Zahid sebagai PM – Asyaf

Hanya pembangkang umumkan Zahid sebagai PM – Asyaf

Hanya pemimpin politik pembangkang mengumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ahmad Zahid sendiri tidak pernah membuat pengumuman beliau akan menjadi perdana menteri jika BN berjaya membentuk kerajaan.

“Yang jelas Datuk Seri Ahmad Zahid hanyalah presiden dan nakhoda parti. Yang kita tawarkan kepada rakyat adalah Barisan Nasional. Yang menampilkan barisan kepimpinan yang mempunyai pengalaman dan berwajah baharu.

“Sebanyak 70 peratus adalah wajah segar, berintegriti dan mempunyai kekuatan dari segi pengalaman dalam mentadbir. Diterajui pula oleh calon perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

“Tiba-tiba timbul pula isu Datuk Seri Ahmad Zahid. Ada ke kita dengar beliau umumkan sebagai bakal calon PM tak ada. Yang umumkan pembangkang,” kata Asyraf Wajdi.

Beliau ditemui selepas melawat dan membantu mangsa banjir di Taman Akasia di Pengkalan Hulu, di sini, hari ini.

Calon BN bagi Parlimen Gerik itu berkata, Ahmad Zahid hanyalah sisa-sisa isu yang akan dimainkan oleh pembangkang untuk menang pilihan raya Sabtu ini.

Jelas Asyraf Wajdi, parti lawan tidak lagi mempunyai isu untuk disaljikan kepada rakyat kerana helah dan penipuan mereka telah terbongkar pada pilihan raya lalu.

“Ini semua mainan persepsi seperti yang saya katakan tadi apa lagi modal tersisa buat mereka?

“Kali ini tidak ada isu 1MDB, GST, hutang RM1 trilion. Tidak ada isu negara bankrap. Tidak ada janji-janji bulan dan bintang kerana mereka takut berjanji selepas rakyat tahu mereka berdalih dan menipu.

“Sebab itu saya percaya pengundi boleh memanfaatkan kuasa yang ada untuk memilih parti yang ada rekod yang baik. Tiada janji lihat bukti,” kata Asyraf Wajid.

Menurut beliau, Bagi BN isu calon perdana menteri telah diselesaikan kerana Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah memuktamadkan bahawa Ismail Sabri adalan pilihan parti itu.

Malah Ahmad Zahid sendiri telah mengumumkan bahawa Ismail Sabri merupakan perdana menteri jika BN menang pilihan raya Sabtu ini.

Sebelum ini pemimpin dan calon pembangkang dalam kempen dan ceramah mendakwa Ahmad Zahid akan menjadi perdana menteri sekiranya mereka mengundi parti BN. MG

Hanya pembangkang umumkan Zahid sebagai PM – Asyaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker