Syed Saddiq doakan Muhyiddin menang
#PRU15
Syed Saddiq doakan Muhyiddin menang
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akui sehingga kini Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih berhubung dengannya kerana dianggap sebagai ‘bapa’ dalam bidang politik.
Beliau berkata, Syed Saddiq ada menghantar mesej kepadanya melalui WhatsApp mendoakan kemenangannya di Pagoh.
“Pasal dia lihat saya ini sebagai bapa sampai hari ini pun dia ada hantar WhatsApp doakan saya menang di Pagoh
“Saya pun begitu juga nak doakan dia menang di Muar,” katanya semasa berucap di Ceramah Parlimen Muar di Padang Bukit Mor, Parit Jawa.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, secara dasarnya beliau mahu calon PN Muar, Abdullah Husin menang Muar.
“Bahasanya gitu. Tetapi ‘nawaitu’ kata menangkan Abdullah sebab PN. Tak apalah tak usah cerita,” katanya.
Muhyiddin juga berkata, beliau yang membawa Syed Saddiq masuk menyertai politik semasa melantik menjadi Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau akui Syed Saddiq merupakan seorang yang cerdik dan anak didiknya.
“Syed Saddiq ini anak didik saya. Cerdik. Waktu awal-awal dulu dia tidak masuk politik pun.
“Waktu saya tubuh Bersatu saya tengok anak ini bagus… saya kata datang sini, jangan pergi London dulu untuk belajar sana. Duduk sini dan saya nak lantik dia Ketua Pemuda Bersatu,” katanya.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, selepas itu Syed Saddiq keluar Bersatu dan tubuh parti Muda.
“Itu mukadimah permulaan (Syed Saddiq) masuk politik. Entah macam mana lepas itu macam-macam jadi dia terkeluar daripada Bersatu.
“Dia kata nak tubuh parti Muda, dia tanya saya boleh tak tubuh. Pasal dia lihat saya ini sebagai bapa sampai hari ini,” katanya. -Sinar
Syed Saddiq doakan Muhyiddin menang
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin luluskan kontrak RM580b tanpa tender – Anwar
- BN menang Ismail PM – Johari
- Anwar mahu Muhyiddin dedah akaun Bersatu
- Jangan percaya tinjauan kata PH pilihan utama pengundi – Mahathir
- Tak mungkin Zahid jadi PM
- Kajian IDE ramal Azmin bakal tewas di Gombak
- Pas sepatutnya ada kuasa bersuara dalam PN – Ismail
- Kerajaan rugi tak ada pakar ekonomi seperti Johari Ghani – Ismail
- Pakatan Harapan fobia dengan perkataan manifesto
- PAS tak akan bekerjasama dengan BN – Hadi
- Saya tak pernah jumpa pemimpin PN bincang kerjasama – Hishammuddin
- PN goyah, PAS mula buat perangai
- PRU15: Anwar umum ‘sokong’ Tengku Zafrul
- Ilham Centre nafi ramal PH menang 87 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka
You must be logged in to post a comment.