Jangan beli kereta, TV tahun hadapan – Jeff Bezos
Jangan beli kereta, TV tahun hadapan – Jeff Bezos
Bilionar keempat paling kaya di dunia, Jeff Bezos dengan kekayaannya dianggarkan bernilai AS$124.1 bilion (RM564.03 bilion) baru-baru ini menasihatkan penduduk supaya tidak membeli barangan berharga tinggi seperti kereta dan televisyen kerana bimbang ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan mengalami kemelesetan pada tahun depan.
Rakyat AS boleh mengambil risiko dengan menyimpan wang tunai mereka untuk digunakan pada waktu yang sukar, kata pengasas syarikat peruncitan online, Amazon itu sambil menggariskan petua utamanya untuk bertahan ketika tibanya waktu kemelesetan ekonomi.
Bercakap kepada CNN Business, ahli perniagaan itu berkata orang ramai harus menangguhkan pembelian besar dan menyimpan untuk masa depan.
Bezos berkata, beliau tidak dapat meramalkan berapa lama kemerosotan ekonomi itu akan berlarutan tetapi AS berkemungkinan akan mengalami kemelesetan tidak lama lagi.
Sebelum ini syarikat Amazon merancang untuk memberhentikan lebih 9,000 pekerja yang merupakan pemberhentian besar-besaran terbesar dalam sejarah penubuhannya.
Syarikat peruncitan itu yang menghasilkan sebahagian besar wangnya daripada perkhidmatan web ialah majikan kedua terbesar di AS selepas syarikat peruncitan multinasional, Walmart. Sinar
Jangan beli kereta, TV tahun hadapan – Jeff Bezos
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin luluskan kontrak RM580b tanpa tender – Anwar
- BN menang Ismail PM – Johari
- Anwar mahu Muhyiddin dedah akaun Bersatu
- Jangan percaya tinjauan kata PH pilihan utama pengundi – Mahathir
- Tak mungkin Zahid jadi PM
- Kajian IDE ramal Azmin bakal tewas di Gombak
- Pas sepatutnya ada kuasa bersuara dalam PN – Ismail
- Kerajaan rugi tak ada pakar ekonomi seperti Johari Ghani – Ismail
- Pakatan Harapan fobia dengan perkataan manifesto
- PAS tak akan bekerjasama dengan BN – Hadi
- Saya tak pernah jumpa pemimpin PN bincang kerjasama – Hishammuddin
- PN goyah, PAS mula buat perangai
- PRU15: Anwar umum ‘sokong’ Tengku Zafrul
- Ilham Centre nafi ramal PH menang 87 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka
You must be logged in to post a comment.