Ismail berdoa supaya banjir besar tak berlaku tahun ini, pun begitu kerajaan bersiap siaga menghadapinya

Ismail berdoa supaya banjir besar tak berlaku tahun ini, pun begitu kerajaan bersiap siaga menghadapinya

Perdana Menteri mahu rakyat berdoa supaya tidak berlaku banjir besar ekoran Monsun Timur Laut (MTL).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini, beberapa kawasan dilanda bencana alam itu masih dikategorikan banjir kilat.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana sudah digerakkan, mereka semua bersedia cuma alhamdulilah, ia masih banjir kilat belum Monsun Timur laut belum lagi masuk.



“Jadi kita harap dan berdoa supaya tak berlaku banjir besar,” ujarnya ketika ditemui semasa menghadiri Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Dataran Kerayong hari ini.

Turut hadir Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Saddique.

Ismail Sabri yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara sudah bersiap sedia menghadapi ancaman Monsun Timur Laut.

Malah mesyuarat mengenainya sudah dibuat baru-baru ini.



“Arahan sudah dikeluarkan kepada polis, bomba dan jawatankuasa negeri sudah diaktifkan dan semua sudah bersedia,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, jawatankuasa banjir digerakkan setiap kerajaan negeri dan daerah yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai daerah.

Mengenai banjir kilat yang berlaku di Shah Alam dan Klang hari ini, Ismail Sabri mahu tindakan segera dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

“Saya harap Majlis Bandar Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam bertindak. Saya risau banjir di Taman Sri Muda dan harap jawatankuasa peringkat negeri sudah bersedia. MG



Ismail berdoa supaya banjir besar tak berlaku tahun ini, pun begitu kerajaan bersiap siaga menghadapinya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker