Bunuh kekasih selepas dua minggu bebas dari penjara

Bunuh kekasih selepas dua minggu bebas dari penjara

Lelaki di United Kingdom yang dibebaskan dari penjara selepas menyerang pasangannya bertindak membunuh teman wanitanya itu, dua minggu kemudian.

Robert Massey, 43, mencekik Jacqueline Forest hingga mati di flatnya di Haydock, Merseyside, pada 30 Ogos lalu, selepas mengesyaki dia curang dengan dua lelaki termasuk rakan baiknya, Graham Roberts.



Portal Metro melaporkan, dia kemudian menikam perut wanita itu yang disangkakan hamil anak kepada Roberts.

Sebelum itu, pada 15 Ogos, Massey disabitkan dengan kesalahan menyerang Jacqueline, 49, di rumahnya dan diberikan hukuman kerja sosial selama 18 bulan dan dilarang kembali ke rumah itu.

Dia muncul di depan pintu rumah itu dua hari sebelumnya dengan bersenjatakan batang besi dan meminta untuk masuk.

Rakaman video dari rumah jiran menunjukkan dia berulang kali menendang pintu rumah wanita itu selama beberapa minit, manakala Jacqueline boleh didengari menjerit ketakutan.



Dia akhirnya mengalah dan membenarkan Massey masuk, selepas itu dia menuang vodka ke atasnya dan mengancam untuk membakarnya.

Pasangan itu yang bertemu pada 2020 sejurus selepas Massey dibebaskan daripada hukuman penjara empat tahun kerana kesalahan dadah, bertemu semula di sebuah taman pada hujung minggu berikutnya.

Dia menghabiskan sebahagian besar daripada beberapa hari berikutnya bersama-sama di rumah itu, sekali gus melanggar perintah mahkamah.

Pada hari pembunuhan Jacqueline, pasangan itu kembali ke flat itu apabila dia memutuskan untuk mandi.



Bersendirian di dalam bilik tidur, Massey menemui mesej di telefon bimbit yang menunjukkan wanita itu mempunyai hubungan intim dengan Roberts dan seorang lagi lelaki bernama Anthony Murphy.

Mahkamah diberitahu Jacqueline melakukan hubungan intim dengan Roberts ketika tempoh dia berpisah dengan Massey.

Massey kemudian mengaku melihat tanda merah di leher wanita itu selepas dia keluar dari bilik mandi dan mencampaknya di katil.

Dia kemudiannya berkali-kali menumbuk kepala dan muka sebelum mencekik leher wanita itu dengan kedua-dua belah tangan sehingga mangsa mati. HM



Bunuh kekasih selepas dua minggu bebas dari penjara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara



Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker