Nik Omar tak dapat restu ibu bertanding tiket PH

#PRU15

Nik Omar tak dapat restu ibu bertanding tiket PH

Calon Pakatan Harapan (PH) Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz tidak mendapat restu ibunya untuk bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecuali atas tiket Pas.

Kenyataan yang dikeluarkan ibu Nik Omar Nik Abdul Aziz.
“Almarhum Tuan Guru (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan saya telah mendidik anak-anak kami sejak daripada kecil lagi agar istiqamah dengan perjuangan Islam bersama parti Pas,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Pas, malam tadi.



Bulan lalu, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Nik Omar akan bertanding mewakili gabungan parti berkenaan di Pasir Salak atas kuota PKR.

Anak sulung bekas Mursyidul Pas itu memberitahu, tujuan beliau bertanding pada PRU15 di bawah tiket PH adalah bagi memenuhi impian bapanya yang mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.

Tambahnya, allahyarham bapanya meluahkan hasrat berkenaan sebelum meninggal dunia pada 2015. MG

Nik Omar tak dapat restu ibu bertanding tiket PH




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker