Akhirnya ‘Superman DAP’ dibebaskan setelah buat ucapan menganggu ketenteraman awam

Superman DAP atau nama sebenarnya Hew Kuan Yau dibebaskan daripada tahanan polis dua hari lalu, selepas ditahan atas ucapannya yang didakwa mengancam ketenteraman awam.

Peguam Chong Kar Yan, yang bertindak mewakili Hew, yang juga dikenali sebagai “Superman Hew” itu mengesahkan bahawa bekas ahli DAP itu dibebaskan dari ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada hari Sabtu.

“Hew Kuan Yau dibebaskan dengan jaminan polis sekitar jam 11 pagi pada hari Sabtu,”



Dia menambah bahawa setakat ini tidak ada maklumat sama ada Hew akan didakwa di mahkamah atau tidak.

Pada 23 Nov, Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata Hew ditahan dengan bantuan pegawai dari Bukit Aman di Puchong Jaya.

Dalam satu kenyataan media, Ramli berkata polis Pahang telah menyiasat video ucapan politik yang memaparkan Hew sejak 17 Nov, yang didakwa dibuat di Raub Perdana, Pahang.

Selain itu, Hew turut disiasat kerana satu lagi ucapan politik yang didakwa berlaku di Taman Pandan Mawar, Melaka, pada 18 Nov, iaitu menjelang hari pengundian pilihan raya umum ke-15.



Hew disiasat di bawah tiga undang-undang berasingan bagi setiap satu daripada dua kesalahan yang didakwa.

Yang pertama ialah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi kesalahan membangkitkan perasaan permusuhan atau niat jahat. Sabit kesalahan di bawah peruntukan ini boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Seseorang yang disabitkan kesalahan di bawah peruntukan ini tidak layak menjadi pengundi atau bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

Hew, 52, juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam), dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Kesalahan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan



Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker