Lembah Pantai, Marang boleh kembali kepada BN?
#PRU15
Lembah Pantai, Marang boleh kembali kepada BN?
Barisan Nasional (BN) optimis mampu merampas kembali Parlimen Lembah Pantai setelah gagal mempertahankan kerusi panas itu sejak 2008.
Calon BN Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di kerusi tersebut, Datuk Ramlan Askolani berkata, keyakinan itu selepas melihat penurunan sokongan penduduk terhadap penyandang, Fahmi Fadzil yang juga Pengarah Strategik Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Sokongan terhadap Fahmi sudah menurun. Orang-orang dia yang dahulu penyokong kuat sudah berpaling arah kerana tiada apa perubahan yang dilakukan di sini.
“Segala janji yang ditaburkan seperti penghapusan tol di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) tidak ditunaikan. Bahkan mereka tahu di belakang PKR adalah DAP. Jadi mereka tidak mahu itu,” kata beliau kepada Utusan Malaysia.
Ramlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai berkata, dalam tempoh berbaki empat hari kempen ini, jentera BN akan terus membuat lawatan dari rumah ke rumah, memperkasa penggunaan media sosial dengan ‘blast’ kepada seluruh pengundi.
“Apa jua aktiviti yang dijalankan sejak 2018 akan diteruskan antaranya lawatan ke balai polis dan bomba, melawat penduduk yang sakit serta akan mengerah pengundi-pengundi untuk turun mengundi pada 19 November,” kata beliau.
MINI STADIUM
Kata beliau, jika BN menang di Parlimen Lembah Pantai, beliau bercadang untuk membina mini stadium yang meliputi pelbagai kemudahan seperti padang bola, trak larian, gimnasium, gelanggang badminton dan sepak takraw.
“Malah Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang dibatalkan ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah akan dibangunkan semula,” kata beliau.
Calon BN Parlimen Marang, Jasmira Othman pula berkata, peratusan sokongan pengundi terhadap parti itu kini setara dengan Perikatan Nasional (PN) iaitu 50-50, sekali gus menambah kekuatannya untuk mencipta kejutan menjelang hari pengundian.
Katanya, walaupun berdepan lawan merupakan gergasi politik, namun tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk berjuang merampas kerusi yang disandang Tan Sri Abdul Hadi Awang.
“Ramai menggelar saya calon underdog, tetapi saya tidak tertekan dan akan berusaha sehabis baik, tidak mustahil kejutan bakal berlaku untuk rakyat Marang.
“Saya tengok gelombang sokongan rakyat kali ini luar biasa, malah kalangan penyokong Pas pun didapati sudah beralih kepada kita,” katanya.
Menurut Jasmira, sekiranya BN berjaya menguasai Marang, antara pembaharuan yang akan dibuat ialah membina hospital selain sekolah berasrama penuh.
Di samping itu, Jasmira juga berazam membangunkan kompleks sukan bagi keperluan belia di kawasan berkenaan. Utusan
Lembah Pantai, Marang boleh kembali kepada BN?
Baca Artikel Menarik:
- BN berpeluang besar tawan Muar
- Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail
- Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh
- Saya sedia berdebat – Johari
- PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh
- Anwar perlu kemuka bukti tentera dibayar untuk undi – Hishammuddin
- Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis
- Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN
- GV9: ‘Meremang bulu roma dengar suara Jaclyn Victor’
- Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin
- KJ amat disenangi rakyat, angin perubahan semakin kuat di Sungai Buloh
- Maszlee Malik dihalau rakyat di Simpang Renggam [VIDEO]
- Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul
- Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]
Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)
You must be logged in to post a comment.