Kerat kekasih 35 bahagian

Kerat kekasih 35 bahagian

Seorang lelaki di India tergamak membunuh kejam dan mengerat pasangannya kepada 35 bahagian sebelum membuangnya di sebuah hutan.

Lelaki itu hanya ditangkap beberapa bulan selepas melakukan jenayah kejam itu, baru-baru ini.

Aftab Ameen Poonawala, 28, didakwa mencekik pasangan hidupnya Shraddha Walkar pada 18 Mei lalu selepas mereka bertengkar.

Sumber polis berkata, dia kemudian memotong badan wanita itu kepada 35 bahagian dan membeli peti sejuk 300 liter untuk menyimpannya.

Katanya, lelaki itu akan keluar setiap 2 pagi bagi membuang bahagian jasad yang dikerat di kawasan berbeza di hutan Mehrauli selama 18 hari berturut-turut.

Polis daerah selatan, Ankit Chauhan berkata, kedua-duanya jatuh cinta ketika bekerja di Mumbai dan menetap di ibu negara pada penghujung April atau minggu pertama Mei, selepas hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Katanya, pada pertengahan Mei, mereka bertengkar mengenai hal perkahwinan sebelum insiden kejam itu berlaku.

“Suspek menyimpan mayat wanita itu di dalam peti sejuk dan membuangnya pada masa yang berlainan.

“Pisau yang digunakan juga masih belum ditemukan,” katanya.

Pada September lalu, rakan Shraddha memberitahu abangnya telefon bimbitnya wanita itu dimatikan selama lebih dua bulan.

Keluarganya juga menyemak akaun media sosialnya dan mendapati tiada kemas kini dalam tempoh itu sebelum bapa mangsa, Vikash Madan Walker melaporkan kehilangan wanita itu, 8 November lalu.

Dalam laporannya kepada polis, Walkar mendakwa Shraddha sebelum ini memberitahunya Poonawala sering memukulnya.

Atas dasar ini, polis menahan Poonawala dan siasatan lanjut mendedahkan pasangan itu sering bertengkar kerana Shraddha mahu mengahwininya.

Suspek juga mengaku bagaimana dia membunuh dan membuang mayat wanita itu.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Wanita Kebangsaan, Sharma Rekha mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan yang telus dan menjatuhkan hukuman berat kepada lelaki itu. HM

Kerat kekasih 35 bahagian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker