Mengarut kerajaan akan dikuasai DAP – Khairuddin

Mengarut kerajaan akan dikuasai DAP – Khairuddin

Tuduhan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikuasai DAP amat tidak jelas.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tuduhan itu tidak mencerminkan fakta yang dipamerkan dalam Dewan Rakyat.



“Faktanya ialah Kerajaan Perpaduan didominasi oleh 73 ahli parlimen Melayu Islam. Pecahannya ialah 26 BN ,18 PKR, 11 GPS, 8 Amanah, 3 GRS, 3 Warisan 3 DAP dan 1 MUDA.

“Barisan pembangkang daripada PN pula mempunyai 72 ahli parlimen Melayu Islam. 73 vs 72 Melayu Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas bekas menteri Perikatan Nasional (PN) itu, adalah menjadi kewajipan 145 Ahli Parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat memastikan Kerajaan Perpaduan terus dipayungi oleh Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.

“(Seramai) 72 daripada PN berkewajipan menjadi pembangkang yang melaksanakan semak dan imbang,” katanya.



Semalam, Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi kenyataan mendakwa DAP bersikap melampau apabila cuba menipu dengan menampilkan ahli, calon dan pemimpin daripada wajah Melayu Islam namun tidak boleh menghalalkan ideologinya yang bercanggah dengan Islam.

Ahli Parlimen Marang itu juga mendakwa DAP menyebarkan fahaman Islamofobia terhadap golongan bumiputera bukan Islam walaupun pemimpin parti itu pernah memohon maaf terhadap kesilapan lalu. MG

Mengarut kerajaan akan dikuasai DAP – Khairuddin


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi



Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker