Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis

Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis

SHAH ALAM – Wanita yang mengambil wang orang lain daripada sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) masih diberi peluang untuk tampil bersemuka dengan pemilik wang itu atau rakannya.

Menurut rakan mangsa yang enggan dikenali, dia dan kawannya tidak menetapkan tempoh untuk suspek tampil bertemu namun memintanya untuk segera berbuat demikian.

“Sehingga hari ini, wanita itu masih belum jumpa atau menghubungi saya atau kawan saya.

“Kami minta dia segera tampil atau hubungi saya sebelum laporan polis dibuat,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kes terbabit.

Kosmo! semalam melaporkan wang milik seorang wanita dikebas orang lain gara-gara mesin ATM digunakannya mengalami masalah.

Kejadian itu berlaku apabila seorang wanita mahu mengeluarkan sejumlah wang daripada mesin itu namun terpapar ‘error’ di skrin mesin tersebut sebelum beredar.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan menerusi sistem perbankan dalam telefon pintar mendapati transaksi dilakukan berjaya dengan seorang wanita di belakangnya semasa kejadian telah mengambil wang itu. K Online

Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker