Buktikan PRU-15 perlu dibatal sebab amalan rasuah – Fadillah

Buktikan PRU-15 perlu dibatal sebab amalan rasuah – Fadillah

Pihak yang masih tidak berpuashati dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan mengaitkan dengan amalan rasuah boleh menfailkan dakwaan mereka di mahkamah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata dengan memfailkan kes, pihak terbabit boleh membawa bersama bukti dakwaan bahawa PRU itu patut dibatalkan disebabkan ada amalan rasuah.

“Dalam proses pilihan raya Malaysia, jika dapat buktikan mereka boleh failkan di mahkamah, ini prosedurnya dan ikutilah.

“Tapi kalau sekadar cakap, saya kira mungkin ramai yang boleh cakap, tapi nak bawa ke mahkamah itu yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan dan segala peraturan kita.

“Jadi bawalah kalau siapa tidak puas hati dan buktikan bahawa PRU itu patut dibatalkan disebabkan ada amalan rasuah,” katanya pada sidang media selepas Amanat Tahun Baharu Kementerian Perladangan dan Komoditi di sini hari ini.

Fadillah berkata, kerajaan juga mempunyai agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan yang boleh melaksanakan tugas dan peranan mereka.

“Biarlah agensi berkenaan melaksanakan tugas dan peranan mereka kalau terbukti untuk membawa siapa-siapa ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Twitternya semalam yang menyifatkan pilihan raya umum pada November lalu sebagai ‘yang paling korup berbanding semua pilihan raya diadakan di Malaysia’.

Mahathir berkata, sumber dana parti perlu dipersoal, dan siasatan dilakukan jika calon atau parti berbelanja mewah.

Beliau menggesa supaya had dikenakan terhadap perbelanjaan parti politik ketika pilihan raya bagi mengekang amalan rasuah.

Katanya, walaupun perbelanjaan untuk calon individu dihadkan kepada RM200,000 ketika tempoh kempen, tiada had dikenakan bagi perbelanjaan parti dalam pilihan raya. BH

Buktikan PRU-15 perlu dibatal sebab amalan rasuah – Fadillah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker