Najib & Shahrir Samad Mangsa Pendakwaan Terpilih dan Salah Guna Kuasa.

RATA-rata rakyat Malaysia tahu sistem Kehakiman berada dalam keadaan carca marba ketika Kerajaan Pakatan Harapan Mahathir memerintah selama 22 bulan.

Dalam kes melibatkan Tan Sri Shahrir Samad, dikatakan berlaku situasi yang sangat tidak masuk akal. Penghuni rumah pangsa Seri Anugerah dibantu oleh Shahrir Samad dan Najib Razak. Ironinya, Shahrir Samad dan Najib Razak pula yang didakwa oleh Peguam Negara Tommy Thomas. Malah mereka juga digelar “penyamun”.

Shahrir Samad mengunakan wang sendiri untuk kerja-kerja membaik pulih projek perumahan Puri Langkasuka, Larkin yang terbengkalai selama lapan tahun.



Najib pula membantu dengan membayar balik sebahagian wang yang dibelanjakan Shahrir. Kerajaan PH Mahathir mengheret Shahrir Samad dan Najib ke mahkamah.

“Sepatutnya saya gembira atas pembebasan ini tetapi saya sedih, sebab kes ini telah memberi gambaran kepada rakyat bahawa saya seorang Ahli Parlimen dan pemimpin Umno yang (terbabit dengan) rasuah serta tidak berintegriti.

“Sedangkan, saya buat kerja dengan ikhlas, malah saya sudah maklumkan kepada pihak berkuasa kenapa saya ambil wang itu dan mengapa saya minta tolong daripada Najib,” katanya, lapor Sinar Harian.

Memetik hantaran di facebook Shahrir Samad, beliau meluahkan rasa kecewa atas pendakwaan yang dibuat oleh Tommy Thomas dan Mahathir terhadap beliau.



Dalam buku termasyurnya itu, Tommy Thomas ada menulis bagaimana sungguh teliti etika kerjanya dan setiap keputusannya sebagai Peguam Negara adalah keputusannya sendiri. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Malah pakar-pakar perundangan dan percukaian turut mengakui tuduhan Thommy dan Mahathir terhadap Shahrir adalah mengarut atau ‘nonsense’.

Mustahil Tommy tidak tahu penyiasatan tidak lengkap kerana hanya tertumpu kepada perbelanjaan Shahrir SELEPAS penerimaan cek/dana RM1 juta.

Shahrir secara ‘consistent’ sebanyak 8 kali menyatakan kepada SPRM sebahagian dana itu ialah untuk menggantikan duit beliau sendiri yang saya gunakan untuk memulih perumahan kos rendah Seri Anugerah Larkin, namun SPRM Mahathir tidak mahu menyiasat sebarang perbelanjaan SEBELUM penerimaan dana RM1 juta itu.



Mustahil Thomas tidak tahu peruntukan Akta Cukai Pendapatan belum pernah dipakai untuk mendakwa seseorang dibawah AMLA. Hanya buat kali pertama semasa Thomas jadi Peguam Negara dan kali pertama hanya bawah Kerajaan PH Mahathir perkara ini berlaku.

Kerajaan PH Mahathir bersama Tommy dilihat semata-mata mahu mencipta anggapan orang ramai kononnya pemimpin UMNO tidak ‘bersih’. Apabila kes sudah masuk mahkamah, maka PH Mahathir senang menuduh pemimpin UMNO sebagai ‘rasuah dan tidak bersih’.

Pengguguran kes Shahrir membuktikan integriti Tommy Thomas dan Kerajaan PH Mahathir boleh disoalkan. Apa yang paling penting, ianya juga menjadi bukti Najib dan Shahrir Samad merupakan mangsa pendakwaan terpilih dan salah guna kuasa zaman PH Mahathir.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur



Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker