PRU15 dalam musim banjir bukan satu kesilapan -Hishamuddin
PRU15 dalam musim banjir bukan satu kesilapan -Hishamuddin
HISHAMMUDDIN Tun Hussien beramah mesra dengan rakyat pada Karnival Sukan Bola Sepak bersama Masyarakat India Barisan Nasional (BN) membidas kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan satu kesilapan.
Bendahari Agungnya, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, tindakan Menteri Besar Selangor itu menyalahkan pembubaran Parlimen ketika banjir dianggap tidak wajar.
Jelas beliau, Amirudin perlu sedar kerana dia menjadi antara pemimpin awal dicalonkan bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH).
“Apabila kita bubar Parlimen, alih-alih beliau (Amirudin) yang dicalonkan paling awal untuk bertanding.
“Saya tengok dalam masa beberapa hari (pembubaran), bendera juga sudah siap dibeli hanya (tinggal) untuk dipasang,” katanya pada sidang akhbar di Balai Raya Kampung Bestari Jaya, Bestari Jaya di sini, petang tadi.
Terdahulu, beliau bersama Calon BN Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz beramah mesra dengan penduduk pada Karnival Sukan Bola Sepak bersama masyarakat India di Padang Bestari Jaya.
Kelmarin, media melaporkan Amirudin menyifatkan pembubaran Parlimen ketika musim banjir bagi mengadakan PRU15 satu kesilapan.
Kata beliau, bencana yang berlaku menyebabkan mangsa dan pegawai daerah yang terlibat dalam pilihan raya terganggu.
Jelas Hishamuddin, BN tidak perlu menghiraukan sebarang kenyataan dikeluarkan pembangkang dan kekal fokus memenangi PRU15.
“Kita sudah pun membubarkan Parlimen dan jangan lagi menoleh ke belakang.
“Malah, calon juga kita sudah kenal dan hanya tinggal beberapa hari untuk kita mengundi,” ujarnya.
Tambah Menteri Pertahanan itu, rakyat sudah memahami cara kempen PH pada peringkat PRU14 dengan menanamkan kebencian.
“Peluang telah diberikan namun 22 bulan memerintah sebelum ini tidak memberikan sebarang makna.
“Isu PRU15 pasal banjir, undi tentera dan undi pos juga dipolitikkan. Dia sama dia pun (pemimpin PH) tidak bersefahaman,” katanya. Utusan
PRU15 dalam musim banjir bukan satu kesilapan -Hishamuddin
Baca Artikel Menarik:
- BAS pelajar UPSI terbabas jatuh cerun bukit [VIDEO]
- GTA nampak tidak dapat sambutan sebab tiada duit untuk buat sepanduk dan bendera – Mahathir
- Suasana tegang apabila calon PH dan PN hampir ‘bercium’ di pasar malam [VIDEO]
- Hajiji bidas Muhyiddin, kami urus politik Sabah ikut cara ‘Sabah’
- Penduduk boikot aktiviti gotong royong Mas Ermieyati
- Menang di Tumpat PAS tak janji tingkatkan kualiti air tapi tawar korban 20 ekor lembu
- Mahathir pergi Sabah kutuk Warisan
- Anwar yang rosakkan negara – Mahathir
- Aaron Carter ditemui mati lemas dalam tab mandi
- Rafizi kata kejutan besar, Tok Mat sahut sebagai cabaran
- Abang Jo bidas Muhyiddin khianat janji, tiada kerjasama selepas PRU-15
- Punca Cleopatra bertanding Parlimen Batu
- Anwar masuk penjara sebab jenayah bukan macam Nelson Mandela
- Bengang dengan A.Aida
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]
Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang
Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.