Tsunami takkan berulang pada PRU15 – Tok Mat

#PRU15

Tsunami takkan berulang pada PRU15 – Tok Mat

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan, berkata beliau tidak melihat berulangnya “tsunami” yang membantu Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya selepas pilihan raya umum lalu (PRU14).

Dalam wawancara dengan Utusan Malaysia, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, berkata beliau merasakan situasi lebih “tenang” pada PRU15 ini.

“Dulu memang ada gelombang atau dikenali sebagai tsunami. Sekarang tiada dan ia jelas sekali. Dulu di kedai kopi sampai bertengkar sebab masing-masing mahu menangkan pendirian. Rasanya untuk PRU15 lebih tenang,” tambahnya.

Timbalan presiden Umno itu berkata, ketegangan antara parti yang bertanding pada PRU14 boleh dirasai, malah di kedai kopi, di mana penyokong akan bertelagah mengenai politik.

Pada PRU14, PH dan sekutunya memenangi 121 daripada 222 kerusi Parlimen, menamatkan pemerintahan BN tanpa gangguan sejak Merdeka pada 1957.

PH kemudiannya digulingkan pada Februari 2020 apabila BN, Bersatu, PAS, dan puak yang diketuai oleh timbalan presiden PKR ketika itu, Azmin Ali, bergabung untuk membentuk kerajaan baharu yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin, yang ketika itu presiden Bersatu.

Ditanya sama ada Umno bersikap terbuka, Tok Mat berkata ia tidak dapat dielakkan.

“Umno ini parti. Sebagai sebuah parti kita perlu sentiasa ikut perubahan. Parti tidak boleh terlampau rigid dan perlu ada dinamik mengikut persekitaran kita. Kalau tidak, nanti orang akan ubah kita. Jadi kita perlu ubah diri kita. Cari dinamik bagaimana kita mahu ubah,” katanya.

Katanya, ia terpaksa dilakukan biarpun mereka terpaksa “korbankan ramai panglima perang (warlord)” untuk memberi laluan kepada muka baharu.

“Kalau tidak, bila masa kita mahu beri mereka (muka baharu) peluang (untuk memimpin)?”

BN menggugurkan beberapa nama besar pada PRU15, termasuk menteri dan timbalan menteri, seperti Annuar Musa Shahidan Kassim, Dr Adham Baba, Noh Omar, Zahidi Zainul Abidin, dan Halimah Sadique.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman turut digugurkan menyusuli penggantungan keahlian Umno 6 tahun. FMT

Tsunami takkan berulang pada PRU15 – Tok Mat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker