Rancak jual jersi ‘cap ayam’
Rancak jual jersi ‘cap ayam’
Belum pun pertarungan Piala Dunia Fifa di Qatar bermula, namun jersi pasukan bola sepak yang bertanding dalam kejuaraan terbesar itu sudah ditemui ‘bersepah’ dijual di pasaran.
Jersi bola sepak tiruan atau ‘cap ayam’ itu dikesan mula diseludup masuk ke pasaran negara ini sejak lebih sebulan lalu sebelum dijual secara bebas.
Tinjauan mendapati jersi bola sepak pelbagai negara itu mudah ditemui dijual di pasar malam sekitar Damansara Uptown, Chinatown Jalan Petaling, Uptown Danau Kota Setapak, Uptown Jalan Reko Kajang, sekitar Pulau Pinang hinggalah ke selatan tanah air.
Berbanding harga jersi bola sepak tulen dijual melebihi RM200 sehelai, kebanyakan jersi tiruan ini hanya dijual serendah harga RM35 hingga RM75 sehelai.
Perbezaan harga ditawarkan peniaga bergantung pada kualiti kain, warna serta jahitan logo pada jersi berkenaan.
Seorang peniaga di Jalan Petaling di sini, berkata, permintaan tinggi selain minat orang ramai terhadap Piala Dunia yang akan bermula 20 November ini menyebabkan ‘pembekal’ mula membawa masuk jersi tiruan sejak awal Oktober lalu.
Menurutnya, rata-rata jersi palsu itu diperoleh daripada pembekal barangan tiruan China atau Thailand pada harga serendah RM 25 hingga 45 sehelai.
“Biasanya kami jual markup double (dua kali ganda) untuk collect (dapat) untung. Memang laris macam pisang goreng panas sekarang. Setiap orang ada pasukan bola yang disokong.
“Bagaimanapun, tidak semua jersi 32 pasukan bola yang bertanding dijual. Hanya pasukan terkenal seperti England, Belanda, Argentina, Denmark, Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol dan Portugal ditawarkan kepada orang ramai.
“Jersi pasukan kurang ternama seperti Kanada, Amerika Syarikat, Serbia, Senegal, Ghana, Tunisia dan beberapa negara lain sukar diperoleh,” katanya.
Sementara itu tinjauan wartawan di Jalan Petaling mendapati jersi bola sepak tiruan menggunakan jenama terkemuka Adidas, Puma dan Nike turut ditawarkan kepada pelancong asing.
Kebanyakan jersi bola sepak tiruan dijual pada harga berbeza mengikut kualiti gred dihasilkan pengilang.
Tinjauan sama dilakukan di Uptown kota Damansara di sini, turut mendapati orang ramai berkerumun memilik jersi bola sepak Piala Dunia tiruan itu.
Beritahu tulen tapi copy 1 to 1
Kuala Lumpur: “Terdapat pelbagai harga jersi bola sepak tiruan bergantung kepada gred produk tiruan dihasilkan sama ada AAA, gred original, copy 1 to 1 dan sebagainya. Oleh itu pengguna perlu berhati-hati supaya tidak mudah ditipu,” kata Konsul Perlindungan Jenama Asia Tenggara (SEA) bagi jenama Puma, Irna Shahnaz.
Beliau mengulas lambakan penjualan jersi bola sepak tiruan Piala Dunia FIFA 2022 di pasaran susulan ‘demam’ pertandingan antarabangsa itu yang bakal bermula Ahad hadapan.
Katanya, ada segelintir pihak cuba menipu orang ramai dengan mengatakan barangan jersi bola sepak dijual adalah tulen.
“Pihak tidak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual barangan tiruan yang tidak berkualiti di pasaran.
“Daripada segi penawaran harga, terdapat barangan tiruan yang mahal dan murah di pasaran. Hal ini bergantung kepada jenis material, bahan yang digunakan dan tempat barangan tiruan dihasilkan. Sebagai contoh barangan tiruan dari China lebih murah berbanding barangan tiruan dari Thailand,” katanya.
Amaran kepada peniaga item tiruan
Kuala Lumpur: Amaran diberikan kepada penyeludup, pembekal mahupun peniaga yang dikesan menjual jersi bola sepak tiruan Piala Dunia Fifa kepada orang ramai.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, tindakan undang-undang sama turut boleh diambil terhadap individu yang menjual barangan berjenama tiruan menerusi media sosial, laman e-dagang dan platform tertentu.
Beliau berkata, pihaknya menyedari isu membabitkan barangan tiruan di Malaysia yang bersifat bermusim.
“Sebagai contoh penjualan jersi cetak rompak pasukan bola sepak liga Inggeris akan dikesan dijual apabila pertandingan bermula sekitar Ogos.
“Begitu juga dengan Piala Dunia Fifa yang diadakan setiap empat tahun. Ketika itulah sindiket akan cuba membawa masuk (pakaian cetak rompak) untuk meraih keuntungan,” katanya.
Beliau berkata, KPDNHEP bekerjasama dengan pemilik cap dagang bagi mengesan pihak yang mengedarkan pakaian atau jersi bola sepak tiruan ini. HM
Rancak jual jersi ‘cap ayam’
Baca Artikel Menarik:
- BAS pelajar UPSI terbabas jatuh cerun bukit [VIDEO]
- GTA nampak tidak dapat sambutan sebab tiada duit untuk buat sepanduk dan bendera – Mahathir
- Suasana tegang apabila calon PH dan PN hampir ‘bercium’ di pasar malam [VIDEO]
- Hajiji bidas Muhyiddin, kami urus politik Sabah ikut cara ‘Sabah’
- Penduduk boikot aktiviti gotong royong Mas Ermieyati
- Menang di Tumpat PAS tak janji tingkatkan kualiti air tapi tawar korban 20 ekor lembu
- Mahathir pergi Sabah kutuk Warisan
- Anwar yang rosakkan negara – Mahathir
- Aaron Carter ditemui mati lemas dalam tab mandi
- Rafizi kata kejutan besar, Tok Mat sahut sebagai cabaran
- Abang Jo bidas Muhyiddin khianat janji, tiada kerjasama selepas PRU-15
- Punca Cleopatra bertanding Parlimen Batu
- Anwar masuk penjara sebab jenayah bukan macam Nelson Mandela
- Bengang dengan A.Aida
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]
Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang
Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.