Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga, pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki akhirnya terbuka untuk memperkenalkan isterinya yang dikenali sebagai Datin Marcella kepada umum.

Terbuka untuk berkongsi, Afdlin atau nama penuhnya, Afdlin Shauki Aksan, 53, berkata, selain sebagai isteri, Marcella turut menguruskan salah sebuah syarikat miliknya.



“Untuk pengetahuan semua, inilah isteri saya. Dia kini menguruskan salah satu perniagaan saya,” katanya selepas majlis buka puasa bersama produksi dan pelakon filem Harimau Malaya di sini, semalam.

Sementara itu, Marcella, 27, berkata, keputusan untuk merahsiakan perkahwinan mereka adalah bagi meleraikan tanda tanya ramai.

“Keputusan untuk tidak berkongsi kepada umum mengenai rumah tangga kami bukan satu perkara yang sukar untuk dilakukan pun.

“Salah satu sebabnya ialah Afdlin sendiri memang seorang yang menjaga privasi terutama berkaitan keluarga, saya pun secara semula jadi okey sahaja dengan perkara tersebut.



“Selain itu, salah satu sebab kami titikberatkan privasi kerana itu juga permintaan arwah ayah saya sebelum dia meninggal dunia pada pertengahan tahun lalu,” katanya lagi.

“Respons sekeliling mengenai perkahwinan saya dengan Afdlin okey walaupun ada juga yang terkejut,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami memiliki ciri-ciri yang diimpikan selama ini.

“Sebelum berkahwin, saya pernah berdoa agar dikurniakan seorang lelaki yang memiliki keperibadian seperti bapa saya. Alhamdulillah ciri-ciri itu memang ada pada Afdlin.



“Kalau nak cakap tentang persiapan raya, lebih kepada menyediakan busana raya untuk Afdlin,” jawabnya ringkas tanpa mendedahkan tarikh pernikahan mereka.

Pada Ogos tahun lalu, Afdlin mengesahkan sudah menamatkan zaman bujang dengan Marcella yang juga merupakan pengurusnya.

Sebelum Marcella, Afdlin pernah mendirikan rumah tangga dengan Christina atau Maria Christina Orow Abdullah berkahwin pada 1997 dan berpisah pada April 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. K Online



Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk



Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024



‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker