Jangan Tebuk Kapal Kerana Berbeza Pendapat – Annuar Musa

“Prinsip saya Bersatu kena balik kepada UMNO. Dengan Pas, boleh berlawan tapi jangan berbalah,”

Jangan Tebuk Kapal Kerana Berbeza Pendapat – Annuar Musa

Bekas ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dalam ucapannya hari ini sekali lagi menegaskan kepentingan menjaga parti mengatasi segalanya termasuk kepentingan peribadi.

Walaupun tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), beliau tetap dengan pendirian untuk menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan parti itu menang dalam pilihan raya pada 19 November ini.



Annuar berkata, keyakinan itu bersandarkan rekod prestasi kerajaan BN yang telah membuktikan pentadbiran yang stabil berbanding mana-mana kerajaan yang pernah diberikan mandat oleh rakyat sebelum ini.

“Ada yang tanya saya apa nak jadi (tidak tercalon). Saya kata kita jangan hanya fikir diri kita dan jangan tamak atas kepentingan diri, tak ada jawatan apa pun tak apa. Saya sudah dapat berbagai nikmat dah.

“Saya mungkin gagal memenuhi kriteria sebagai calon kali ini, tapi kita boleh ikhtiar akan datang dan kita boleh juga berbeza pendapat tapi jangan sampai nak tebuk kapal (parti), nak tenggelamkan kapal,” katanya.

Annuar berkata demikian pada Perjumpaan Khas YB Menteri Komunikasi dan Multimedia dengan Jentera Parlimen Besut di Pejabat UMNO DUN Jerteh, Gong Kemuntong hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, perbezaan pendapatan tidak sepatutnya menjadi punca kepincangan parti sehingga mengugat kemenangan parti dalam pilihan raya.



Dalam pada itu, beliau mengakui menaruh harapan yang tinggi kepada gabungan BN dengan parti-parti lain melalui Muafakat Nasional namun usaha itu tidak terlaksana.

“Saya memang degil dengan pendirian saya, bukan kerana nak masuk ke parti lain tapi oleh kerana rancangan itu tidak berjaya tak apalah.

“Kalau ada yang berbeza pendapat dan nak bertanding dalam pemilihan, silakan. Tapi jangan pakat semua nak bertanding, takut nanti tercabut bulu belako,” katanya.

Mengulas mengenai pelawaan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bersatu, beliau mengakui tidak pernah terlintas untuk meninggalkan UMNO.



“Saya tak berbaloh dengan mana-mana parti, berbaik belaka dengan Pas dan Bersatu tapi saya ada prinsip dan pegangan.

“Prinsip saya Bersatu kena balik kepada UMNO. Dengan Pas, boleh berlawan tapi jangan berbalah,” ujarnya.

Justeru Annuar mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya kembali bersatu untuk memenangkan BN bagi merebut peluang membentuk kerajaan.

“Lidi nan sebatang, jari pun boleh patahkan, jari nan seberkas, gajah pun boleh mati-BN Online



Jangan Tebuk Kapal Kerana Berbeza Pendapat – Annuar Musa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker