Hamzah ‘katak’ yang memakmurkan bumi – Kapt Najmuddin Elias

LARUT: Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Batu Kurau Najmuddin Elias tidak kisah digelar “katak” malah menyifatkan golongan itu mampu menjadi penyelamat negara apabila diperlukan.

Wakil rakyat Batu Kurau selama dua penggal itu antara terkena tempias sorakan “katak” oleh penyokong Barisan Nasional (BN) pada penamaan calon 5 Nov lalu bersama calon PN Parlimen Larut Hamzah Zainudin.

Kedua-duanya menyertai Bersatu selepas pilihan raya umum 2018.

Najmuddin menyifatkan individu yang melompat parti itu sebagai “katak yang memakmurkan bumi”, akan membantu tatkala individu yang mencaci mereka datang meminta pertolongan.

“Dengan katak itulah yang menyebabkan hujan turun dan memakmurkan bumi.

“Kita jangan membenarkan kemarahan kita melampau untuk merendahkan orang lain. Kita kena ingat hari ini kita benci orang satu hari ada satu masa orang itu yang kita sayang atau boleh minta pertolongan,” katanya.

Najmuddin akan berdepan pertandingan empat penjuru dalam usahanya mempertahankan kerusi itu. Beliau ditentang Saliza Ahmad (BN), Muhamad Aiman Azizuddi Md Husin (Pakatan Harapan) dan Zulkifli Yahya (Pejuang).

Sementara itu, Najmuddin berkata kerjasama PAS dan Bersatu menerusi PN dilihat gabungan “sempurna” untuk mewujudkan pentadbiran mantap di Putrajaya.

Menurutnya, PAS contohnya mempunyai agamawan dan ulama yang boleh dijadikan panduan memimpin dengan baik manakala partinya pula baik dari segi pengurusan.

“Kita nampak gabungan PAS dan Bersatu, ulama dan pentadbiran pengurusan ini cukup cantik yang menyebabkan saya beralih angin,” katanya.

Bagaimanapun, dari sudut hati kecil beliau, Najmuddin mengakui Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan PAS dan Umno pada 2019 itu adalah terbaik sebagai wadah penyatuan ummah.

“Saya melihat kalaulah ditakdirkan hari itu Umno bergabung dengan PAS melalui MN, bagi saya itu adalah terbaik, kita menangis kerana keseronokan terharu penyatuan ini sebab selama ini PAS dengan Umno yang banyak berlaku perpecahan.

“Kalau dah ada titik perpaduan itu terbuka mengapa kita nak musnahkan? Jadi di peringkat awal ini biarlah Bersatu bergabung dulu dengan PAS, mungkin itu titik permulaan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker