LCS lewat Rafizi bising, terowong ghaib dia senyap

LCS lewat Rafizi bising, terowong ghaib dia senyap

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi mengkritik Rafizi Ramli kerana masih berdiam diri mengenai isu projek terowong dasar laut Pulau Pinang melibatkan bekas ketua menteri, Lim Guan Eng.

Akhir Ogos lalu, Puad mencabar Rafizi membongkar isu projek terowong dasar laut, selepas timbalan presiden PKR itu mendedahkan syarikat dikaitkan projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion yang lewat diserahkan.



Pada 1 Sept lalu, Rafizi berkata, beliau akan jawab cabaran Puad mengenai isu terowong dasar laut Pulau Pinang yang masih ghaib hingga kini.

“Sekarang sudah masuk dua bulan. Masih tak jawab juga. Dia sebelum ini dengan angkuh kata, saya bagi bola tanggung, jawablah. Dia sibuk isu LCS sampai isu itu tidak lagi laku di PRU15 ini,” kata Puad dalam kenyataan.

Walaupun Lim sudah didakwa, katanya, tetapi rakyat ingin tahu macam mana terowong itu ghaib berbanding isu penghantaran kapal pertama LCS lewat dari tarikh asal April 2019 kerana projek itu dibekukan kerajaan Pakatan Harapan.

“Projek LCS lewat Rafizi bising, terowong ghaib dia senyap. Kapal LCS tidak ghaib macam terowong,” katanya.



Lim dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk meminta 10% keuntungan projek daripada seorang ahli perniagaan dan menerima RM3.3 juta sogokan daripada individu sama.

Beliau turut didakwa atas dua tuduhan menyebabkan dua plot tanah milik kerajaan negeri bernilai RM208.7 juta dilupuskan kepada dua syarikat. FMT

LCS lewat Rafizi bising, terowong ghaib dia senyap


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang



Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker