Beri kebebasan kepada pramugari MAB berpakaian tutup aurat

Wanita Islam yang berkerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd (MAB) harus diberikan kebebasan untuk berpakaian sopan dan menutup aurat.

Setiausaha Agung Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ir Ts Lukman Al Hakim berkata, para penumpang MAB juga harus diberikan keselesaan mata dan ketenangan hati dengan dilayan oleh pramugari yang berpakaian sopan serta menutup aurat.

“Pakaian mencolok mata pramugari MAB selama ini terbukti tidak meningkatkan prestasi perkhidmatan dan keuntungan syarikat pun! Kini adalah masa untuk berubah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, imej serta kualiti perkhidmatan perlu diubah untuk kembali dekat kepada perintah Allah SWT bagi mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat.

“Mana tahu ia asbab Allah SWT membantu MAB kembali disegani sebagai gergasi penerbangan di Asia,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman dilaporkan mempersoal pendirian kerajaan mengenai pakaian seragam pramugari Malaysia yang tidak menutup aurat, termasuk hak pramugari Islam yang diwajibkan memakai pakaian seragam yang tidak ‘tutup aurat’.

Bagaimanapun, dua bekas menteri mengecam kenyataan Ahli Parlimen PAS berkenaan yang membangkitkan isu itu dengan mengatakan parti Islam tersebut sudah ketandusan idea.

Beri kebebasan kepada pramugari MAB berpakaian tutup aurat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


10 Maut Termasuk Kanak-Kanak Kemalangan Ngeri Babit Tiga Kereta, Sebuah Treler [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker