Zionis sasar dunia tanpa Islam menjelang 2047-2048

Perancangan Zionis untuk berkuasa tidak hanya melibatkan Palestin bahkan mereka ingin melaksanakan ‘New World Order’ atau Orde Dunia Baru yang tertegak di atas kekuasaan selain Islam. 

Untuk memastikan perancangan itu berlaku, mereka perlu mencapai kejayaan dalam satu projek penting iaitu Israel Raya. 

Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute (IRIS), Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata, ia adalah projek kekuasaan serantau Zionis Yahudi dengan pusatnya di negara haram Israel. 



“Visi mereka adalah hapuskan satu dunia yang ada orang Islam dan cara berfikir Islam. Itu perlu dicapai dengan pertamanya, memiliki sebuah negara Israel yang kuat. 

“Untuk mencapai itu, tanah Palestin keseluruhannya mesti diambil oleh Zionis. Dia tak boleh bahagi-bahagi dengan orang Palestin. 

“Kerana dia bimbang, kalau tinggalkan 10 peratus pun nanti ada orang Arab di situ akan bangkit menentang mereka di kemudian hari. Maka akan terganggu pelan mereka,” katanya dalam Bicara Palestin yang disiarkan di TV Pertiwi, malam ini.

Dalam pada itu, Syed Ahmad Israa’ berkata, visi kedua mereka adalah menjadikan seluruh rantau Timur Tengah sebagai sebahagian daripada Israel Raya. 



“Negara-negara yang ada di sekeliling Israel, khususnya di antara Iraq sehingga Mesir akan menjadi negara Israel juga. 

“Akan berlaku penjajahan seperti Palestin. Ataupun terpecah-pecah dan ada negara baru yang lebih kecil. Tetapi ia cuma umpama kampung sahaja dalam negara yang besar iaitu Israel,” katanya.

Meskipun bernegara, beliau berkata, pentadbirannya tetap perlu mengikut hasrat Israel.

“Pemimpin mesti pro-Israel, pro-Zionis walaupun dia orang Arab, walaupun dia orang Islam. Misi ini sedang diusahakan. Mereka telah pun ada dokumen lengkap untuk mencapainya sekitar tahun 2047 atau 2048,” katanya.



Justeru, beliau berkata, umat Islam tidak perlu terperdaya dengan naik turunnya pemimpin mereka dalam tempoh pendek kerana pada hakikatnya pelan utamanya menguasai dunia tetap diteruskan.

“Orang Israel ini ada pelan, strateginya ada. Orang Islam tiada benda itu. Bila kita tanya orang Islam, nak perkasakan Islam tapi pelan tiada.

“Banding dengan mereka, naik berganti pemimpin, tetap kekal dengan strategi sama. Mana-mana Kabinet Zionis meskipun berlawan. Mereka komited untuk capai visi dan misi awal itu tadi,” katanya.

Zionis sasar dunia tanpa Islam menjelang 2047-2048




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Guan Eng boleh tunggu tahun depan, kenapa Najib dipercepatkan? – Shafee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker