Satu daripada manuskrip al-Quran tertua di dunia dipamerkan di Paris

KUALA LUMPUR: Satu manuskrip al-Quran tertua di dunia, al-Quran Kattalanggar akan dipamerkan di Paris, akhir bulan ini dan didedikasi buat Uzbekistan.

Dua muka surat daripada manuskrip berusia berabad-abad akan dipamerkan dalam pameran “Treasures of the Oases Uzbekistan. At the Crossroads of Caravan Routes”, yang akan diadakan di Louvre dari 23 November hingga 6 Mac 2023.

Satu lagi pameran, “On the Road to Samarkand. Colors and Splendours of Uzbekistan”, akan diadakan di Institut Dunia Arab dari 23 November hingga 4 Jun 2023.

Menurut kenyataan yang diterima BERNAMA daripada Kedutaan Uzbekistan, al-Quran Kattalangar abad kelapan itu antara manuskrip terpenting dunia Islam.

Al-Quran Kattalangar mempunyai nilai signifikan yang besar bagi Islam dan Muslim, dengan ia menunjukkan nilai yang membentuk warisan budaya dan sejarah tamadun manusia, menurut kenyataan itu.

Al-Quran itu berada di masjid Langar-ota di daerah Kamashi di wilayah Kashkadarya untuk tempoh yang lama.

Dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai satu daripada Mushaf paling kuno.

Ahli arkeologi di Muzium Louvre dan kurator pameran itu, Rocco Rante dipetik sebagai berkata, adalah amat penting untuk memasukkan Al-Quran Kattalangar dalam senarai barang pameran.

“Pengunjung dapat melihat seni khat dan miniatur unik yang terkandung, dan al-Quran itu akan dipamerkan dalam sebuah kotak yang direka khas,” katanya.

Pameran “Treasures of the Oases of Uzbekistan. At the Crossroads of Caravan Routes” juga akan memperincikan sejarah Laluan Sutera, dari bahagian selatan Uzbekistan masa kini.

Ia akan mempamerkan elemen seni monumental dan kuda-kuda, lukisan dinding, butiran ukiran istana dan objek seni dan kraf.

Sementara itu, pameran “On the Road to Samarkand. Colors and Splendours of Uzbekistan” akan memperlihatkan lebih 300 pameran daripada sembilan muzium di Uzbekistan.

Ia merangkumi koleksi tekstil, pakaian, alas kaki dan penutup kepala, barang kemas pada akhir abad ke-19 – pertengahan abad ke-20, chapan (sejenis pakaian) bersulam emas dari zaman Emirat Bukhara, termasuk lukisan avant-garde Turkestan daripada koleksi muzium negara Uzbekistan.

“Proses pemulihan turut dijalankan ke atas patung Buddha “Garland Bearer” (abad ke-1 SM dan abad ke-1 Masihi) – permukaannya telah dibersihkan, dan bahagian yang rosak disatukan.

“Sejak tiga tahun lalu, persediaan rapi untuk pameran itu telah dijalankan.

“Beberapa ekspedisi antara Uzbekistan-Perancis membawa kepada banyak penemuan arkeologi.

“Tambahan pula, pakar pemulih dari Louvre termasuk dari Uzbekistan menjalankan kerja-kerja pemulihan berskala besar dalam beberapa peringkat, manakala proses pemulihan beberapa artifak masih diteruskan sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker