Khairy bakal tawan Sungai Buloh buat BN

KOTA BHARU: Hasrat calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, untuk menjadi Perdana Menteri pada masa depan menunjukkan sifat keyakinan diri beliau yang amat bagus, selain ia juga perlu dilihat dari sudut positif.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata keyakinan diri yang ditunjukkan oleh bekas Ahli Parlimen Rembau itu menunjukkan beliau seorang calon yang mempunyai personaliti, ‘track rekod’ (pencapaian) baik dan seorang yang berpengalaman luas.

“Ini adalah satu pernyataan keyakinan diri yang sangat bagus dan pada masa sama, beliau menyatakan komitmennya.

“Malah, saya juga mengakui apabila beliau membuat kenyataan sedemikian, sambutan yang diterima begitu hangat sekali,” katanya selepas merasmikan Karnival Komuniti Esports Keluarga Malaysia @Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Khairy menyuarakan hasrat memimpin UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri, satu hari nanti.

Pada pentas ceramah di Taman Saujana Utama, baru-baru ini, Khairy, menyatakan hasratnya itu secara terbuka buat pertama kali, bagi meraih sokongan pengundi di Parlimen itu untuk memilihnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan itu menjelaskan, jawatan itu bukan menjadi hasratnya ketika ini kerana persetujuan sudah dicapai bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang disifatkan sebagai kekandanya, akan menjadi Perdana Menteri jika BN memenangi PRU15.

Mengulas lanjut, Annuar, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, segala penyataan hasrat yang dibuat oleh Khairy adalah untuk masa akan datang, malah beliau sendiri turut menjelaskan calon Perdana Menteri untuk PRU15 adalah Ismail Sabri.

“Khairy tetap dengan kenyataannya sebelum ini bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon tunggal untuk menjadi Perdana Menteri jika BN dapat membentuk kerajaan pada pilihan raya umum kali ini,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker