Anggota polis terima wang RM5.7 juta dalam akaun, jadi jutawan sekelip mata
Seorang anggota polis di bandar Karachi, selatan Pakistan, Aamir Gopang terkejut apabila mendapati akaun bank miliknya memiliki wang AS$1.2 juta (RM5.7 juta) daripada sumber yang tidak diketahui termasuk wang gajinya, lapor laman berita Wion News kelmarin.
Apabila pihak berkuasa mengetahui perkara itu, seorang pegawai penyiasat dari balai polis Bahadurabad di Karachi telah dihantar untuk melakukan siasatan, lapor akhbar The Express Tribune berpangkalan di Pakistan.
Pegawai penyiasat berkenaan juga hairan dan terkejut melihat akaun bank Aamir mempunyai wang begitu banyak
Ketika ditanya media tempatan mengenai situasi dia kini bergelar jutawan segera, Aamir berkata, dia tidak gembira dengan keadaan tersebut.
“Saya terkejut, apatah lagi melihat wang yang begitu banyak, saya tidak pernah mempunyai lebih daripada beberapa ribu rupee dalam akaun saya.
“Saya hanya mendapat tahu mengenainya apabila pihak bank menghubungi saya dan memaklumkan 100 juta rupee (AS$1.2 juta) telah dipindahkan ke dalam akaun saya,” kata Aamir.
Apabila pihak bank menyedari pemindahan wang yang agak keterlaluan itu ke dalam akaun anggota polis biasa, mereka segera membekukan akaun bank Aamir. Kad ATM lelaki itu juga telah disekat oleh pihak bank.
Hasil siasatan polis mendapati kejadian serupa telah berlaku di dua tempat lain iaitu di bandar Larkana dan Sukkur dengan beberapa anggota polis turut menerima sejumlah besar wang dalam akaun bank mereka.
Di Larkana, tiga anggota polis menerima AS$600,000 (RM2,848,800) dalam akaun masing-masing, manakala di Sukkur, seorang anggota polis mempunyai jumlah sama didepositkan ke dalam akaunnya.
Pihak berkuasa yang menyiasat perkara itu percaya bahawa ketiga-tiga kes mungkin saling berkaitan. Bagaimanapun, anggota-anggota polis di Larkana menafikan mempunyai sebarang pengetahuan mengenai wang itu atau sumbernya. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nabil ditegur jangan melampau ‘bahan’ peserta
- Penduduk boikot aktiviti gotong royong Mas Ermieyati
- Menang di Tumpat PAS tak janji tingkatkan kualiti air tapi tawar korban 20 ekor lembu
- Mahathir pergi Sabah kutuk Warisan
- Anwar yang rosakkan negara – Mahathir
- Aaron Carter ditemui mati lemas dalam tab mandi
- Rafizi kata kejutan besar, Tok Mat sahut sebagai cabaran
- Abang Jo bidas Muhyiddin khianat janji, tiada kerjasama selepas PRU-15
- Punca Cleopatra bertanding Parlimen Batu
- Anwar masuk penjara sebab jenayah bukan macam Nelson Mandela
- Bengang dengan A.Aida
- Hanya BN mampu ‘beri nyawa kepada ekonomi’ – Zaid
- Lelaki cabul pelajar IPT ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’
Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.