Ahli UMNO ‘geli’ bila Muhyiddin ajak sokong calon PN

 

Ahli UMNO tidak akan goyah dengan saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mereka mengundi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti apabila Pengerusi PN itu didakwa masih berdendam dengan UMNO.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, ahli-ahli UMNO juga tidak akan menyahut ajakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu apatah lagi tiada cawangan parti ditutup kerana ahlinya menyertai parti lain selama ini.

“Perbuatan meminta ahli UMNO mengundi PN adalah retorik, mereka juga dari UMNO dulu. Ketika berada di pucuk pimpinan mereka sepatutnya bawa parti ke tahap lebih baik tetapi mereka tidak buat kerja pada waktu itu dan hari ini minta ahli UMNO undi mereka pula.

“Ahli UMNO tidak akan buat kerja itu kerana pada suatu ketika mereka (Bersatu) ada rasa dendam untuk menghapuskan dan mengharamkan UMNO melalui pelbagai tindakan termasuk melakukan pendakwaan terpilih dan membekukan aset serta kewangan UMNO,” katanya.

Othman yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jerlun berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan mesra bertemu penduduk di sini, hari ini.

Semalam, Muhyiddin meminta ahli UMNO yang tidak suka dengan apa dilakukan pemimpin tertinggi parti itu untuk mengundi calon PN tanpa perlu meninggalkan parti demi menyelamatkan negara.

Othman berkata, ahli UMNO tidak akan melakukan apa yang diminta Muhyiddin, sebaliknya beliau pula meminta semua ahli Bersatu dan rakyat negara ini mengundi calon-calon BN.

Menurut beliau, PRU15 adalah peluang terbaik kepada ahli mengembalikan maruah UMNO agar membolehkan parti itu membentuk kerajaan, sekali gus memastikan kestabilan negara.

“Mereka masih ada dendam yang belum padam, mereka mahu kuburkan UMNO, jadi senang mereka ambil ahli kita, tetapi itu tidak berlaku. UMNO setiap tahun masih boleh mengadakan persidangan peringkat bahagian dan cawangan dan Perhimpunan Agung masih boleh diadakan.

“Sebaliknya, kita melihat akan ada ramai ahli dan penyokong PN mengundi UMNO kerana mereka faham apa yang berlaku kepada PN sebelum ini. Dasar yang mereka buat sebelum ini menyebabkan negara terumbang ambing, politik tidak stabil dan ekonomi tergugat,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker