Penduduk boikot aktiviti gotong royong Mas Ermieyati

Penduduk boikot aktiviti gotong royong Mas Ermieyati

Aktiviti gotong-royong calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di sebuah surau di sini terpaksa dibatalkan di saat akhir apabila ia tidak mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

Mas Ermieyati dalam satu hantaran dimuat naik di akaun Facebook miliknya memberitahu, pihak ahli jawatankuasa (AJK) surau berkenaan hanya memaklumkan kehadirannya tidak dapat diterima atas sebab-sebab yang tidak dapat didedahkan.

“Saya dah sampai dah di Surau Al Iman, Taman Indah. Jadual sepatutnya saya bergotong-royong dengan jemaah di sini pagi ni.

“Tapi saya telah dimaklumkan oleh AJK surau yang mereka tak dapat terima kehadiran saya atas sebab-sebab tertentu,” katanya.

Hantaran dibuat Mas Ermieyati di akaun Facebook miliknya pagi tadi.
Tulisnya lagi, beliau bagaimanapun reda dengan layanan yang diberikan oleh penduduk setempat meskipun pihaknya sebelum ini telah mencurahkan bakti di kawasan tersebut termasuk meluluskan pembinaan jalan tar bagi ke surau berkenaan.

Mas Ermieyati berdepan dengan saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini menentang calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid; calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Mutalib Uthman dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Handrawirawan Abu Bakar. K Online

Penduduk boikot aktiviti gotong royong Mas Ermieyati


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker