Anwar bawa agenda LGBT, dakwa Razman

#PRU15

Anwar bawa agenda LGBT, dakwa Razman

Razman, yang merupakan Pesuruhjaya PAS Perak dan calon Perikatan Nasional (PN) di DUN Gunong Semanggol, menyeru pengundi supaya tidak mengundi PH pada PRU kali ini.

“Yang paling teruk sekali – kalau kita bagi undi dia (BN) pakat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pakat DAP untuk bentuk kerajaan.

“Ingat – undi DAP, bererti undi beri kuasa kepada DAP untuk membolehkan dia buat apa saja,” dakwanya.

Dia berkata demikian ketika menemui pengundi di pasar malam Tebuk Pancur petang tadi.

Agenda LGBT, komunis

Sementara itu, semasa program walkabout itu, Razman berulang kali memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengundi PH.

Dia mendakwa Anwar yang mengetuai PH membawa agenda LGBT ke negara ini, malah mahu menghalalkan perkahwinan sejenis.

Selain itu dia juga mendakwa DAP membawa agenda komunis dan juteru umat Islam di negara ini tidak seharusnya mengundi mereka.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim ini kita tau dia nak bawa agenda LGBT ke dalam negara – lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan.

“Kedua – DAP bawa agenda komunis, abu Chin Peng mati di China dia pun mai bawak balik, masa tu juga bendera terbalik, masa tu juga ada perarakan pengisytiharan komunis Malaysia,” dakwanya.

Untuk rekod, Chin Peng yang merupakan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) meninggal dunia di Bangkok, Thailand pada 2013.

Justeru kata Razman, langkah paling selamat adalah mengundi PAS dan PN kerana melalui pentadbiran parti Islam itu di Kelantan sejak 1990, terbukti tidak ada satu pun kes rasuah di negeri itu.

“Kalau undi PH bererti tuan-tuan sokong DAP,” katanya. Mkini

Anwar bawa agenda LGBT, dakwa Razman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker