Muhyiddin hanya tahu pancing undi guna KWSP, itu duit rakyat

AYER KEROH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, berkata Perikatan Nasional (PN) seolah-olah ketandusan modal kempen sehingga sanggup menekan rakyat untuk mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar jika mereka menang PRU15.

Katanya, sebagai kerajaan mereka sepatutnya memikirkan cara lain untuk membantu rakyat, walaupun beliau sendiri bersetuju dengan keputusan itu sebelum ini.

“Itu (KWSP) duit rakyat dan (duit) rakyat dah tinggal sikit RM10,000, fahamlah sikit peranan kerajaan dan perdana menteri itu untuk pulihkan ekonomi, hentikan kontrak tanpa tender yang dibuat oleh perdana menteri dahulu.



“Sama ada Ismail (Ismail Sabri Yaakob) atau Muhyiddin (Yassin) termasuk DNB (Digital Nasional Berhad) tidak ada tender, bocor berbilion (ringgit), kontrak-kontrak diberikan begitu banyak semasa beliau jadi perdana menteri.

“Itu mesti dihentikan dan boleh selamatkan berbilion-bilion ringgit,” katanya ketika ditemui pada program santai bersama anak muda di Bukit Beruang.

Anwar berkata, kerajaan hari ini tidak seharusnya menyusahkan rakyat walaupun beliau pernah bersetuju dengan tindakan mengeluarkan KWSP sebelum ini.

“Tidak perlu menekan rakyat dari segi wang (KWSP) mereka bawa keluar sampai tak ada (duit) dah.



“Dulu saya cadang (keluar KWSP) saya setuju peringkat awal (tapi) dah keluar dah banyak duit. Sekarang tak ada modal (kempen) lain kah?,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin yang menegaskan gabungan itu bersedia melaksanakan penilaian semula pengeluaran KWSP secara bersasar, jika berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15.

Muhyiddin menyuarakan kesediaan itu biarpun ia tidak termaktub dalam manifesto gabungan berkenaan.

Bagaimanapun menurut beliau, pengeluaran itu tertakluk kepada jumlah baki simpanan pencarum, katanya ketika sesi townhall PN selepas pelancaran manifestonya semalam.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]



Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker