Che Abdullah yakin dengan BN

TUMPAT: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi mengakui merasa janggal pada awalnya kerana memakai baju berwarna biru ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berbanding warna hijau ketika bersama Pas.

Penyandang kerusi Parlimen Tumpat itu bagaimanapun berkata disebabkan amalan politik persaudaraan, perpaduan dan penyatuan yang dibawanya seawal menyertai politik, perkara itu tidak menimbulkan masalah.

“Seawal menyertai politik saya sentiasa berkawan baik dengan sesiapapun sama ada mereka daripada Pas atau UMNO, tetapi sepanjang persahabatan itu saya rasakan kemesraan lebih ditunjukkan oleh orang-orang UMNO.



“Apabila diberikan peluang bertanding atas tiket BN, saya mendapati rupa-rupanya pemimpin BN ini adalah kawan-kawan saya yang amat karib selama ini cuma dahulunya kami hanya berbeza dari segi pandangan dan kerja berkaitan parti sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga tidak pernah mengkhianati kawan-kawan dan persahabatan, menyebabkan kesemua pemimpin dan ahli UMNO tidak mempunyai masalah dengannya, begitu juga dengan pemimpin Pas.

“Saya berharap mereka hormati keputusan saya yang sebenarnya amat berat saya ambil, namun saya telah memohon petunjuk daripada Allah,” katanya.

Pada PRU14, Che Abdullah yang mewakili Pas memenangi kerusi Parlimen Tumpat dengan majoriti 17,500 undi.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai hari pengundian bagi PRU15 manakala pengundian awal pada 15 Nov.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]



Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker