BN garis 99 usaha PADU jadikan Malaysia berkemajuan tinggi

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) menawarkan tawaran baharu iaitu Perancangan Amal dan Usaha Barisan Nasional untuk Malaysia atau Padu yang mengariskan 99 usaha menjadi panduan dalam mengemudi tanah air ini menjadi negara berkemajuan tinggi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Padu merupakan tawaran baharu yang segar atau daripada BN kepada rakyat Malaysia yang tidak sekadar janji-janji manis dan indah serta bukan tentang segala-galanya percuma serta pemansuhan dan pengurangan tanggungjawab dalam serba serbi.

Justeru itu katanya, kewujudkan kestabilan politik dengan membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan menguruskan Malaysia agar menjadi sejahtera dan makmur merupakan dua keutamaan BN jika diberikan mandat dalam PRU15.

“Padu bukan janji-janji manis dan indah. Padu bukan tentang segala-galanya percuma. Padu bukan tentang pemansuhan dan pengurangan tanggungjawab dalam serba serbi.

“Tetapi, Padu adalah pelan yang serius dan rasional. Pelan yang mempunyai sasaran yang jelas. Dan pelan yang BN akan amal dan usahakan dengan sebaiknya demi kemaslahatan semua, Insya-Allah,” katanya dalam pengumuman Manifesto BN hari ini.

Menurut Ahmad Zahid lagi, Padu memfokuskan kepada lima idea besar yang mendasari tawaran utama iaitu penyelesaian nasional yang komprehensif bagi menjawab pelbagai isu paling mendesak seperti kos kehidupan dan sara hidup yang tinggi.

Selain itu, BN bertekad untuk melakukan beberapa pembaharuan yang radikal dan bersifat struktural dalam negara ini dan menampilkan keterangkuman dan pengiktirafan kerencaman.

“Perkara keempat, Padu adalah satu penggandaan usaha untuk kita meletakkan asas-asas penting untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua dan kelima iaitu perlunya kerajaan yang kuat dan stabil dengan pasukan kerja yang terbaik,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker