BN menang, Ismail PM – Shahril

#PRU15

BN menang, Ismail PM – Shahril

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah nama yang akan terus diangkat sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, itu adalah keputusan kepimpinan tinggi parti yang turut dipersetujui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah katanya, UMNO juga tidak bercadang untuk mengugurkan mana-mana kes mahkamah sekiranya mereka diberi mandat oleh rakyat ke Putrajaya.

“Tak ada kena mengena nak gugurkan mana-mana kes mahkamah, jauh sekali nak menamakan calon Perdana Menteri lain selain daripada keputusan parti iaitu nama yang akan diangkat untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong adalah Perdana Menteri sedia ada, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Itu adalah keputusan parti dan saya yakin seluruh kepimpinan parti termasuk Presiden UMNO sendiri yang juga Pengerusi BN sudah berkali-kali bercakap memang inilah keputusan parti yang akan dipatuhi atau pun dibawa,” katanya.

Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Alor Gajah berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, di sini, malam tadi.

Sebelum ini media melaporkan Ahmad Zahid berkata, UMNO kekal menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri jika Barisan BN menang PRU15, sekaligus menafikan dakwaan pembangkang yang beliau akan dilantik ke jawatan itu jika BN kembali ke Putrajaya.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan melangkaui kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan seorang Perdana Menteri.

“Kita berpegang kepada prinsip bahawa UMNO telah mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri, itu tidak boleh dipertikai lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk, 16 Oktober lalu. MG

BN menang, Ismail PM – Shahril


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker