Calon bebas Parlimen Santubong mahu guna tagline ‘BN’
Calon bebas Parlimen Santubong mahu guna tagline ‘BN’
Kuching: Bakal calon bebas, Affendi Jeman yang mendakwa sebagai penyokong tegar Barisan Nasional (BN) akan bertanding di Parlimen Santubong menggunakan tagline kempennya dengan singkatan ‘BN’.
Malah warna biru tua yang digunakannya menyerupai warna tradisi BN.
Bagaimanapun, usahawan berusia 59 tahun itu berkata, singkatan BN yang beliau gunakan itu bukan bermakna beliau bertanding atas tajaan gabungan parti di Semenanjung sebaliknya bermaksud ‘Bawa Nikmat’ yang diharap menjadi daya penarik kempennya
Affendi berkata, penyertaannya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah kerana komponen BN tiada lagi di Sarawak sejak 2018.
“Sebab itu saya memutuskan untuk bertanding sebagai calon bebas atas platform sebagai rakan BN.
“Sebagai tanda sokongan kepada gabungan itu, saya menggunakan tagline ‘BN’ dalam kempen dan ia bermaksud “Bawa Nikmat’ untuk semua,” katanya.
Menurutnya, bertanding sebagai calon bebas itu adalah keputusannya sendiri tanpa pembabitan mana-mana pemimpin BN di peringkat Persekutuan.
BN tidak lagi terbabit dalam pilihan raya di Sarawak selepas empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) keluar dari gabungan itu dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Jun 2018.
Pada PRU-15, GPS meletakkan penyandang Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri untuk bertanding di Santubong bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengundur diri.
Seorang lagi calon yang menawarkan bertanding di kawasan itu ialah Mohamad Zen Peli mewakili Amanah.
Sebelum ini Affendi pernah menjadi pengerusi penaja Umno Sarawak, selain pernah menawarkan diri untuk menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2019. HM
Calon bebas Parlimen Santubong mahu guna tagline ‘BN’
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin