Pekerja tikam penyelia dengan pemutar skru selepas ditegur

Pekerja tikam penyelia dengan pemutar skru selepas ditegur

Pekerja tikam penyelia dengan pemutar skru selepas ditegur

PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera ditikam dengan pemutar skru oleh rakan sekerjanya selepas berlaku pergaduhan di tempat kerja mereka di Alor Setar, Kedah, semalam.

Terdahulu, dalam kejadian 3 petang mangsa berusia 33 tahun yang juga penyelia di tempat kerja itu dikatakan menegur lelaki terbabit berkaitan kerja yang dilakukannya.

Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham antara mereka sehingga menyebabkan pergaduhan.

Lelaki itu kemudian menikam mangsa di kanan perutnya sebelum melarikan diri.

Mangsa yang berlumuran darah kemudian ke Balai Polis Alor Setar untuk membuat laporan mengenai kejadian.

Menurut sumber yang dipetik Harian Metro, mangsa berasal dari pekan Pendang manakala individu yang menikamnya berusia 37 tahun dan menetap di sekitar Lorong Seri, Alor Setar.

Majlis Raja-Raja berkata tiada keperluan lanjut darurat

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

“Lelaki yang menikamnya ditahan polis di tepi jalan Kampung Gerigis, pada 5.50 petang semalam,” kata sumber itu.

Semakan mendapati, lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah termasuk dadah.

“Turut dirampas pemutar skru untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes masih dalam siasatan.

Pekerja tikam penyelia dengan pemutar skru selepas ditegur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kerajaan ketepikan amaran KKM, bawa kepada krisis – Najib

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker