King cobra terlepas dari sangkar kaca di zoo

King cobra terlepas dari sangkar kaca di zoo

COPENHAGEN: Seekor ular tedung selar atau ‘king cobra’ yang terlepas dari kurungan di sebuah zoo di Sweden, enam hari lalu, dikesan berhampiran sangkar kacanya dalam sebuah bangunan dan usaha giat dilakukan untuk menangkap semula reptilia itu, setakat petang tadi.

Ular amat berbisa itu terlepas pada Sabtu minggu lalu melalui bahagian lampu di siling sangkar kacanya di Akuarium Skansen dalam zoo di Pulau Djurgarden, Stockholm.



Susulan itu, pengunjung yang berada dalam bangunan di mana ular-ular ditempatkan, segera diminta mengosongkan tempat berkenaan.

Pihak zoo kemudian melakukan penilaian sebelum mendapati tiada risiko umum terhadap pekerja mahupun pengunjung, justeru lokasi lain di zoo itu kekal dibuka kepada orang ramai.

Menurut pihak zoo itu, sekiranya ular berkenaan terlepas keluar dari bangunan, ia dipercayai tidak akan mampu bertahan dalam keadaan cuaca sejuk.

Ular itu dinamakan ‘Sir Vass’ (Sir Hiss) tetapi sejak ia terlepas, reptilia berkenaan digelar ‘Houdini’. Ular terbabit baru lagi ditempatkan dalam sangkar kaca berkenaan.



Zoo berkenaan menempatkan kira-kira 200 spesies eksotik, termasuk ikan, buaya, penyu, cicak, ular, labah-labah, burung kakak tua dan babun. BH

King cobra terlepas dari sangkar kaca di zoo


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker