Menyayat hati: Ibu sarat hamil kembar, dan bayi lelaki maut kemalangan

KEADAAN kenderaan Perodua Alza dinaiki Fatin Hazlin Dahlia dan Sayyid Uwais Al-Qarni Mohd. Lekman yang maut dalam kemalangan di Kilometer 83, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru berhampiran Kampung Bintang, Setiu, semalam.

 

KUALA TERENGGANU: Bayi lelaki yang pernah tular tahun lalu kerana penyakit saraf dan ibunya yang sarat hamil kembar meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Setiu dekat sini, semalam.

Sayyid Uwais Al-Qarni Mohd. Lekman yang berusia setahun 10 bulan dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Setiu.

Sementara ibu bayi itu, Fatin Hazlin Dahlia Mazlam, 30, yang sedang sarat hamil kembar meninggal dunia di lokasi kejadian.



Kemalangan itu berlaku di Kilometer 83, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Bintang, Setiu pada pukul 4.40 petang.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, sewaktu kejadian, kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza yang dinaiki keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Batu Hampar, Manir, Kuala Terengganu dari Chiku, Gua Musang, Kelantan.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kenderaan Perodua Alza itu dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Sebuah lori treler tangki minyak yang berada di laluan berkenaan gagal mengelak lalu merempuh kenderaan berkenaan,” katanya di sini hari ini.



Afandi berkata, kemalangan itu turut menyebabkan dua beradik Sayyid Uwais Al-Qarni iaitu Nur Qaireen Luffiya, 5, dan Sayyid Lutfi, 7, masing-masing patah kaki kiri dan tangan kiri.

Tambah beliau, suami Fatin Hazlin Dahlia iaitu Mohd. Lekman Zakaria, 36, pula cedera ringan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker