Waspada taktik tipu bantuan RM500 e-dompet Touch ‘n Go

Waspada taktik tipu bantuan RM500 e-dompet Touch ‘n Go

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan taktik penipuan terbaharu yang mengambil kesempatan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), melibatkan pemberian bantuan RM500 menerusi pautan Touch ‘n Go (TnG) yang dikongsi melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Modus operandi bagi penipuan itu adalah dengan pemberitahuan mengenai bantuan e-dompet RM500 yang diberikan kepada rakyat atas sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerlukan pengesahan identiti menggunakan pautan yang “bertopengkan” aplikasi itu.



Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai, mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan bahawa pautan itu jelas menunjukkan bahawa ia bukan pautan rasmi TnG yang sebenar.

“Pautan bagi TnG bukannya touchngoemy.top, emy.top itu sahaja jelas menunjukkan ia bukannya link sebenar. Orang ramai dinasihatkan jangan tekan link berkenaan.

“Pautan yang betul tidak akan ada emy.top itu, kalau ada emy.top ini sudah pasti ia adalah sindiket penipuan dalam talian,” katanya.

Beh berkata, TnG juga tidak akan menghantar sebarang mesej atau pemberitahuan kepada pengguna dan tindakan sedemikian dilihat berpotensi kepada sindiket penipuan.



Terdahulu, tular di media sosial mengenai makluman bantuan e-dompet RM500 daripada pihak kerajaan melalui pautan TnG sehingga terdapat dakwaan seorang mangsa kehilangan RM1,950 selepas mengakses pautan tersebut. FMT

Waspada taktik tipu bantuan RM500 e-dompet Touch ‘n Go


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker