DBKL had kebenaran bina lebuh raya

DBKL had kebenaran bina lebuh raya

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengehadkan kebenaran untuk pembinaan lebuh raya baharu bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Che Ngah berkata, ia merupakan antara sasaran dalam Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur (PITKL) 2040 yang digariskan bagi melaksanakan pengurusan lalu lintas di ibu kota pada waktu puncak.



Katanya, pembinaan lebuh raya baharu melalui jalan di dalam bandar merupakan “pass through traffic” yang menyebabkan kesesakan, susulan kemasukan kenderaan persendirian ke pusat bandar.

“Tapi ada (jaringan) lebuh raya di Kuala Lumpur masih lagi terputus…jadi pembinaan menghubungkan lebuh raya ke lebuh raya sedia ada boleh dipertimbangkan.

“Antara cadangan lebuh raya dikenal pasti ialah Lebuhraya Penyuraian Utara Kuala Lumpur (KL-NODE), Lebuhraya Duta Ulu Klang 2A (DUKE 2A) dan Lebuhraya Pantai Baru Fasa 2 (NPE 2),” katanya pada pelancaran PITKL 2040 di sini.

Mahadi berkata, pelan itu memfokuskan pembangunan model trafik pada 2020 sebagai tahun semasa dan akan datang sehingga 2040 bagi mengunjurkan sasaran tahap perkhidmatan jalan (LOS) sedia ada kepada tahap C.



Katanya, pelan itu antara lain mengenal pasti 50 jalan tidak bersambung dan sembilan jalan perlu dinaik taraf bagi meningkatkan kesinambungan jalan di ibu negara, selain dapat menyuraikan aliran trafik dengan lebih baik.

Beliau berkata, pelan itu juga menyasarkan pencapaian nisbah peratusan pengguna pengangkutan awam daripada 25:75 (25% pengangkutan awam dan 75% kenderaan persendirian) kepada 50:50 pada 2025, 60:40 (2035) dan 70:30 (2040).

“Untuk melaksanakan peralihan tersebut, fokus perancangan perlu ditekankan kepada memperluaskan rangkaian pengangkutan rel, peningkatan perkhidmatan bas, serta peningkatan perkhidmatan kesinambungan, iaitu perkhidmatan bas bantuan awal (first mile) dan bantuan akhir (last mile) yang terdiri daripada pejalan kaki, basikal serta mikromobiliti.

“PITIKL 2040 juga mencadangkan kemudahan ‘park and ride’ di lokasi berdekatan dengan stesen pengangkutan awam.” FMT



DBKL had kebenaran bina lebuh raya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’



Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker