Senarai yang dulu palsu, yang ini pun palsu juga
#PRU15
Senarai yang dulu palsu, yang ini pun palsu juga
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan senarai nama tular memaparkan nama 26 calon Barisan Nasional (BN) yang didakwa akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Pontian berkata, senarai nama 26 calon yang tular itu adalah palsu.
Senarai calon yang sebenar hanya akan terjawab pada hari pengumuman calon BN Johor yang dijangka diadakan pada 2 November ini.
“Yang dulu (senarai) palsu, yang ini pun palsu juga. Saya sudah tahu (senarai calon sebenar) tetapi tidak boleh umum sehingga pengumuman calon BN Johor secara rasmi nanti,” katanya ketika dihubungi.
Sejak malam tadi, tular senarai calon BN Johor pada PRU15 di 26 Parlimen antaranya Pengerusi BN dan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad yang didakwa akan bertanding di Parlimen Simpang Renggam.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian pula disenaraikan sebagai calon di Parlimen Pontian.
Nama Ahmad pula tidak disenaraikan dalam senarai yang tular itu.
Kerusi Parlimen Pontian sebelum ini hangat diperkatakan apabila Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian dikatakan mahu bertanding di kerusi itu pada PRU15.
Bagaimanapun Hasni yang juga ADUN Benut masih berteka-teki berhubung kerusi yang bakal ditandingi namun timbul desas desus menyatakan dirinya bakal bertanding sama ada di Parlimen Pontian, Tanjung Piai atau Simpang Renggam.
Ahmad adalah Ahli Parlimen Pontian selama tiga penggal menang majoriti tipis iaitu 833 undian dalam pertembungan tiga penjuru pada PRU14. BH
Senarai yang dulu palsu, yang ini pun palsu juga
Baca Artikel Menarik:
- Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas
- Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas
- Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi
- Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?
- Mat Sabu dakwa didatangi pihak cuba guling Ismail sebelum pembubaran
- Ismail jawab dakwaan Rafizi
- Gempar Sungai Terpanjang Dunia Mengering, Kapal Abad Kurun Ke-19 Yang Timbul
- Wanita Diculik Dan Dikurung 20 Hari Dalam Sangkar Anjing Ketika Berseronok Di Kelab Malam
- Sudah-sudahlah menipu – Zahid
- Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole
- Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA
- Keputusan Pas bersama PN tak dapat persetujuan Majlis Syura Ulamak
- Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’
Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)