Radzi Jidin bertanding di Parlimen Putrajaya lawan Ku Nan

#PRU15

Radzi Jidin bertanding di Parlimen Putrajaya lawan Ku Nan

Radzi Jidin diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap dalam Jelajah Prihatin Parlimen Putrajaya, malam ini.

“Calon yang kita akan letakkan di Putrajaya tak lain tak bukan Yang Berhormat Datuk Radzi Jidin.



“Jangan nak ragu-ragu, ini calon kita saya umumkan awal-awal lagi, jadi malam ini sahih bukan uar-uar bukan khabar-khabar tapi sahih diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional,” katanya.

Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan kerusinya dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan memperoleh 12,148 undi menewaskan calon PAS, Zainal Abidin Kidam dan calon PKR, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat yang masing-masing memperoleh undi sebanyak 3,634 dan 8,776.

Ia adalah kemenangan buat kali keempat berturut-turut Tengku Adnan di kerusi Parlimen berkenaan. Utv



Radzi Jidin bertanding di Parlimen Putrajaya lawan Ku Nan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker